Jumaat, 31 Disember 2010

malam tahun baru

Saat ini semakin dekat dengan tahun ke sebelas di alaf baru ini . Aku hanya merenung skrin monitor ini dengan penuh kelesuan apabila malam-malam seperti ini selalu kesepian melitupi hati ini yang biasa nya riang bernyanyi..
Sedang mata teman-teman lain terpegun melihat letupan bunga api yang indah menari,diri ini tiba-tiba mula merungut tentang hati ini yang masih belum berteman.  namun,aku biarkan rasa  itu menyeksa kerana ia amat bermakna buat ku...dan aku biarkan takdir yang menentukan... kerana gelak tawa keluarga masih tetap menemani kesepian ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan