Rabu, 22 Disember 2010

Selesai Sudah

Setelah hampir setahun 9 bulan kemalangan ngeri itu berlaku pada aku sehingga mengorbankan sahabat terbaik dalam hidup ku..akhirnya, perbicaraan tuntutan insuran di mahkamah telah pun selesai dalam jangka masa yang singkat. Aku bersetuju untuk menerime wang pampasan sebanyak RM 700k semalam. Mungkin dalam 2 bulan lagi wang tersebut akan masuk ke poket ini..Walaupun target sebenar tuntutan ialah RM 1 juta namun yang ini sudah lebih memadai untuk aku..

Walaupun pada saat-saat akhir suatu masalah tiba-tiba datang namun itu semua bukan lah sesuatu yang menguji kesabaran ku..masalah dunia bukan mudah merungsingkan aku..tapi masalah kegawatan di Masyar nanti lebih merisaukan..

Jutaan terima kaseh kepada Mak dan Abah kerana dari awal hingga kini  berkorban masa demi hidup hadapan P.e ,,begitu juga kepada Tuan Govi ,seorang peguam terbaik dan pertama dalam hidupku..orang pertama yang mencabar kelemahan ku..beliau begitu bersungguh-sungguh ingin membantu mendapatkan tuntutan ini..ya,beliau agak 'sugul' apabila tidak dapat membantu aku memperolehi RM 1 juta..namun terima kaseh Tuan..
Dan kepada seorang lagi sahabat yang pertama membantu iaitu Amar yang menemani hari-hari ku di Hospital Tuanku Jaafar seremban...Amar,segalanya sudah selesai..sahabat tetap sahabat,walau nama mu sudah sedikit kotor, namun engkau tetap salah satu obor hidup ku...

Dan terakhir sekali,sudah tentu lah kepada sahabat-sahabat lain...anggota2 Red Bullet,Throw Ma ,Sermonized,Toward November dan semuanya...Ijal, Syafiq,Amir dan banyak lagi..dan juga kepada masyarakat sekeliling yang begitu prihatin..termasuk abang-abang yang hebat...

dan terakhir sekali kepada adik ku selamanya, Iza seorang adik yang berjasa..beliau seorang yang hebat...

Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat dugaan Mu.

2 ulasan: