Selasa, 21 Mei 2013

Mata Jahat Dari Segumpal Daging Sendiri.

Alhamdullilah..adik aku dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan Syariah dan Undang-undang(Asasi) di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Memang aku bangga lah kan malah bukan setakat aku dan orang tua saja yang bangga tapi semua teman-teman serta saudara mara turut mengungkap kata-kata bangga buat NoorHafiza bt Yusran. Sebuah lagi peristiwa yang bersejarah dan penuh dramatik. Mimpi beliau menjadi kenyataan.

Baiklah tukar cerita lain.

Walaupun memang aku ini ada kehormatan dalam keluarga, tapi aku tak pernah menayangkan bakat aku kepada siapa pun dalam kalangan keluarga. Bukan apa, bakat aku tidak ada guna nya pun buat keluarga jadi  untuk apa mereka tahu. Bagi sesetengah dari mereka, aku ini liar sama seperti remaja-remaja yang melepak, merempit, mengenjet, mendisko dan pelbagai gejala remaja lainnya. Mungkin kerana mereka melihat imej selekeh yang aku pakai serta imej teman-teman aku.

Tentang pergaulan aku, baik siapa pun dalam keluarga ini, menganggap kawan-kawan aku yang seadanya ini syok setia bersama aku dek semata-mata aku ber-uwang maka mereka akan memperkudakan aku. Mereka silap dan mereka jahat, kawan-kawan yang bersama aku ketika ini adalah mereka yang menaikkan aku ketika aku jatuh, waktu itulah aku kenal mereka. Memang pernah aku tersilap, tapi yang namanya pembelajaran itu bukan hanya terdapat di sekolah, universiti dan tempat mengaji AlQuran sahaja, tapi dalam longkang pun masih terdapat pembelajaran. Ilmu itu di mana-mana.

Aku memang tak dapat menjadi seperti adik aku, duduk bersila di puncak menara gading. Tapi aku ada cara aku sendiri untuk sebuah kejayaan. Biar aku dan Tuhan sahaja yang memahami.

Senang cerita, aku memang nampak bodoh, sebab itu kau harus kenal siapa aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan