Selasa, 26 Mac 2013

Pintu, Matahari, Rembulan, Warna dan Engkau.

Berdekad-dekad kau menarah masa,
Semua sisa-sisa hidupmu tiada makna,
Pintu-pintu lain kau tinggalkan,
Hanya melutut pada satu pintu yang sudah tertutup,
Darah apa yang mengalir naik ke kepala?
Jika tidak kau landakan malapetaka ke atas diri mu,

Apa guna matahari yang terbit di hari baru?
Kalau bukan lenyapnya kegelapan,
Kegelapan yang mengaburi arah tuju mu,
Namun sirna rembulan setia bersahabat,
Ketika engkau buta dalam kegelapan,

Usah berenggang lagi dengan warna,
Warna hidup mu suka duka,
Berjalan di dalamnya dengan nikmat tersedia,
Datar, lurah dan mendaki harus kau terima,
Mengapa perlu berpatah balik dan lari?
Kerana ini lebih bermakna,
Daripada engkau mati tanpa nama yang terukir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan