Ahad, 20 Julai 2014

Ramadhan 7

Terkadang, aku cuba membawa sebuah perbualan itu terhindar dari sekadar sembang kosong dan tidak berguna kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Oleh itu, aku memilih untuk berdiam apabila sesuatu perbualan itu menjadi begitu mengarut. Cuma kadang bila aku bosan aku akan mula menimbulkan gelak tawa.

Bercerita tentang orang lain, tentang perempuan, tentang kejadian di atas ranjang dan sebagainya semakin lama membuat aku mula rasa meluat.

Tapi apa saja lah yang boleh aku perbuatkan, kerana itu saja lah isi perbualan yang lebih sempoi dan disenangi di antara anggota meja bundar dan petak yang aku ikuti setakat ini.

Namun, masih terdapat juga teman-teman yang membuka perbualan berkenaan isu semasa, persoalan dan pengajaran. Cuma terkadang mereka tidak cuba bersabar lalu timbul pula pelbagai spekulasi yang terbit daripada nafsu semata.

Tiada lah aku merasa kecewa dari mereka itu, kerana aku masih terhibur dan bahagia. Dari mereka itu aku mula mencari pelajaran supaya ada yang dapat aku perbetulkan sebagaimana mestinya.

Kerana di dunia ini, pelajaran itu ada di mana saja, meskipun kita diikat bersama lembu dan kambing sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan