Khamis, 30 April 2015

Terbiasa DiBunuh

Terbiasa di bunuh oleh waktu sedang waktu cuma berlalu,
Ditikam rasa kalah oleh strata yang ternyata tak sekata,
Rela dikebiri kerendahan tanpa ada keberuntungan,
Semacam impian dipenggal terpisah daripada harapan,
Maka ruang yang terluang dibiar kan usang,
Lalu peluang di bunuh segenap alasan.

Dengan Sendiri

Perlu kah aku rela diselimuti kegelisahan,
Hanya kerana senjakala kan menjelang,
Apakah perlu gelap malam menggerun kan aku,
Bukankah fajar akan kembali menyinsing,
Apa perlu aku meyakini kesepian kan membunuh mentari,
Kerana awan mendung bukan alasan untuk menanggap suram nya hari,
Ia cuma pada hati dengan menghayati,
dengan sendiri.

Yang Tinggal

Yang tinggal hanya jiwa raga,
Tiada api dan tiada cahaya,
Jejak itu hampir hilang,
Aku telah buta tiada bertujuan,
Kabur semua pedoman.

Yang tinggal hanya obor tak bernyala,
Dalam hujan aku kebasahan,
Guruh memekik dalam kegelapan dan kesepian,
Samar semua arahan.

Yang tinggal cuma jiwa raga serta sisa api pada obor dalam hujan,
Yang tinggal cuma bekas titis air mata,
Yang tinggal cuma sebatang jalan entah ke mana arah nya,
Yang tinggal cuma aku bersama angan ku,

Sedang tiada apa yang aku tinggal kan untuk diri ku,
Meski tinggal lah aku kebasahan meredah hujan bersama jiwa raga dan obor tiada bernyala.

Gedung Besar

Gedung besar mewah memberat kan pundak ku,
Aku terlalu lemah untuk sekadar mengalih mata ku,
Apatah lagi hati dan nafsu ku gelora tak terbayang,
Meski aku sedar akan apa yang cuma ada setakat saku dan perut ku sahaja,
Jiwa ku disedut halaman nya serta isi nya sudah memaut segala kepunyaan ku ke dalam nya.

Melapangkan

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu. yang memberatkan punggungmu,Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk (urusan yang lain)
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

-Tafsir Surah Al Inshirah.

Isnin, 27 April 2015

Kita Sama-Sama Boleh Faham.

Aku boleh menerima kritikan dan ia sangat aku galak kan. Kerana aku percaya bahawa pelajaran akan kita peroleh dari perbuatan, perlakuan serta tindakan kita sendiri. Dan dengan pelajaran lah kita akan jadi lebih baik serta lebih bijak berbanding sebelum nya. Melalui kritikan juga lah kita sebenar nya akan lebih mengenal peribadi kita sendiri.

Namun, berilah sedikit ruang untuk aku perjelaskan punca  tercetusnya idea maka terjadi nya kritikan tersebut agar kita sama-sama boleh faham.

Walau kadang aku terfikir bahawa akan perlukah itu untuk diperjelaskan di kala waktu yang kini semakin berlari pantas dan semakin melelah kan untuk di kejar. Dan waktu tak akan menunggu atau datang pada kita.

Ahad, 26 April 2015

Tapi Aku

Kata nya langit tak bertepi
Tapi aku masih termenung di sini
Katanya dunia tiada penghujung
Tapi aku masih duduk di sini
Katanya suara kita akan melayang ke angkasa
Tapi aku masih berdiam di sini
Katanya fikiran kita bisa lebih jauh
Tapi aku masih menongkat dagu di sini
Katanya kita boleh melangkah lebih cepat
Tapi aku masih terkekang di sini
Katanya tubuh kita bebas
Tapi aku masih terkurung begini

Sabtu, 25 April 2015

Ketika

Di ketika ini
Saat dunia berhenti menolak tua
Di mana waktu berlari lebih pantas
Sehingga banyak yang kita terlepas

Ini lah ketika nya
Kita seru segenap isi bumi
Sehingga tertimbun setinggi langit
Biar nanti terang setiap sudut hati

Ketika itu pula
Menderu lah ombak bersama angin
Dengan lembut  menghempas pantai
Batuan kecil akan ikut serta menghanyut
Sampai lah ke hujung samudera.







Jumaat, 24 April 2015

Serentak

Apabila terserempak dengan 3 ex-gf(kononnya) berdua dengan bf masing2 dalam masa serentak....dan dalam keadaan diri yg sedang menangguh kan hati untuk sesuatu seperti itu...dan dalam masa yg sama angah ajak jamming...sejurus nasib diri yg sedang menahan pundi kencing daripada melimpah kan apa2 bahan kumbahan melalui saluran khas nya. Okay nak kencing.

Khamis, 23 April 2015

Bahan Bual

Suka rasanya apabila aku duduk di kalangan teman yang membuka bahan untuk bersembang dan bahan itu baik pula kualiti nya sehingga perbualan kosong di antara kami itu membawa kepada perbincangan yang hangat . Alangkah indah nya apabila pendapat dan hujah di antara kami itu datang dengan analisa serta bukti yang lebih jitu supaya lebih berkualiti dan terbuka. Bukan sekadar teori orang yang banyak pula canggah nya.