Rabu, 16 Februari 2011

Anologi Roller Coaster

Siapa pernah menikmati kehebatan menaiki 'roller coaster' sebuah kereta api laju yang meluncur di atas landasan yang berliku-liku dan menakutkan?Semua pasti mengakui keseronokan 'roller coaster' kerana kelajuan dan landasan yang penuh cabaran itu sehingga ia menjadi salah satu tumpuan besar di mana-mana taman tema di seluruh dunia selain 'roda ferris'. Di negara ini , 'roller coaster' boleh didapati di Genting Highland yang digelar kota keriangan.

Begitu juga dengan hidup ini yang penuh dugaan dan cabaran. Bayangkan jika 'roller coaster' tersebut meluncur perlahan di atas landasan yang lurus tanpa hujung? Pasti ramai yang bosan dan menganggap ia sesuatu yang merugikan. Itulah hidup yang selalu diuji dengan pelbagai duka supaya hidup seseorang itu lebih bermakna dan berarah tuju kerana itulah keseronokan hidup.

Permainan yang menguji mental tersebut disediakan 'safety belt' supaya tiada kemalangan ngeri berlaku dan aku jamin tiada yang akan membuka 'safety belt' tersebut sebelum tren berhenti di terminal walaubagaimana ngeri sekalipun liku-liku landasan kerana jika di buka pasti mati dalam keadaan 'karingeri'. Itulah 'sabar' yang sebenarnya merupakan keselamatan dalam hidup atau ubat bagi segala  dugaan.

Dugaan bukan hanya datang semasa susah akan tetapi kejayaan dunia juga merupakan suatu dugaan malah lebih berat dari kecelakaan. Jika seseorang itu berjaya menjadi jutawan setelah bersusah payah selama bertahun-tahun maka dugaan pada nya akan menjadi lebih berat dan sangat berat kerana jika tiada sabar dalam batang tubuhnya maka dia akan mula lupa diri, takbur dan mula menindas. Jika ketiga-tiga anasir buruk itu menjadi dirinya pasti suatu masa masyarakat akan mula membenci dan menjauhkan diri maka tiada lagi penasihat dan penegur yang merupakan keluarga,guru atau rakan dan segala kejayaan nnya itu akan musnah sama sekali. Begitulah hidup yang penuh dugaan yang merupakan ujian bagi manusia sehingga tiba 'hari penentuan'

'Sabar aku ada batasnya' itulah adalah mitos-mitos yang hadir dari sangkaan buruk,egois,dendam dan kebodohan. Kenapa perlu mengehadkan kesabaran jika kita tahu kita boleh bersabar. Bersyukurlah jika kita yang ditindas, dimaki dan ditikam kerana lebih buruk lagi jika kita yang menindas,memaki dan menikam orang lain. Tidakkah kita yang akan dibenci selepas itu?

Redha dengan qada' dan qadar itu sangat luas datangnya. Jika kita ditakdirkan hari bahawa kita akan dimaki maka tidak perlulah kita melawan takdir tersebut menjadi sebuah pertengkaran. Oleh itu,tangguhkan pembalasan kita kerana Allah yang berhak membalas.Takdir sudah tertulis untuk kita jika buruk datang nya maka buruk lah ia,jika baik datangnya baik lah ia. Tidak sesekali tidak takdir itu boleh diubah manusia kecuali do'a dan jika ia tetap juga begitu maka bersyukurlah hikmah yang datang selepas itu lebih hebat kerana Allah tahu apa yang direncanakanNya dan rencana Allah lebih hebat dari rencana yang dibuat manusia. Jika manusia itu menipu, maka Allah lebih hebat menipu namun, Allah yang Maha Genius tidak sesekali akan memungkiri janji.

*inspirasi dari surah At Tariq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan