Isnin, 7 Februari 2011

Akal ,nafsu dan nikmat

Pangkat,harta,taraf,nama dan segala yang berunsur kelebihan duniawi memang tidak dinafikan menjadi sesuatu yang dikejar oleh ramai insan tidak kira dari apa golongan sekalipun ketika hidup masih bernyawa.
Tidak banyak,walaupun sedikit perkara duniawi itu pasti dikejar oleh semua kerana itu sememangnya nikmat yang telah disediakan Yang Maha Kuasa dan perlu dinikmati oleh sekalian makhluk.
Kita dikurniakan deria rasa,penglihatan dan pendengaran . Nafsu juga dilengkapkan ke dalam anggota tubuh kita supaya mempunyai keinginan dan kehendak .
Maka sudah tentulah kita berhak untuk merasakan,melihat,mendengar semua nikmat yang disediakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini atau seluruh alam semesta.

Namun, kita semua tahu segala kurniaan,ciptaan dan sebagainya bersifat bertimbal balik seperti menebang pokok. Jika pokok ditetak dari kiri,kanan juga perlu ditetak supaya tak menimpa si penebang . Begitu juga nikmat-nikmat  itu boleh dinikmati semuanya tetapi kita punya satu kurniaan yang membezakan manusia dengan makhluk lain iaitu akal untuk kita berfikir. Maksudnya,kita boleh makan dan minum tetapi bayangkan jika kita makan dan minum melampau-melampau mengikut kehendak nafsu, menikmati kenikmatan merasa tanpa berfikir akan padah apabila perut diisi berlebih-lebihan pada satu masa.
Nikmat berfikir juga jika digunakan berlebihan tetap akan mendatangkan keburukan seperti timbulnya sangkaan buruk, fitnah, dusta dan sebagainya di dalam fikiran orang yang berfikir itu.

Pangkat,harta atau lebih mudah dikenali dengan istilah materialism tidak salah untuk dikehendaki tetapi apakah punca perikemanusiaan dalam kehidupan seseorang itu hilang?

Mengejar pangkat ialah bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan tahap kepercayaan majikan ,ia adalah sesuatu yang normal tetapi jika pangkat itu dikejar dengan keadaan berlumba-lumba ,ia digelar saingan dan juga normal.
Namun, bayangkan jika nafsu menguasai akal maka kehendak dan keinginan mempengaruhi fikiran . Maka terjadilah yang normal itu berlebih-lebihan .
Itu lah punca-punca pengkhianatan,gila kuasa, peperangan,pertumpahan darah, hasad dengki dan fitnah.

Penawar bagi melupuskan segala penyakit ini ialah sabar dan tabah. Ia mampu untuk mengelakkan akal diracuni oleh nafsu yang berlebih-lebihan.

''live in this world if only for the pursuit of material things like money and property without remembrance of Him. life does not mean at all and very detrimental.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan