Sabtu, 7 Mei 2011

Rasakan Perasaan.

Hardcore/punk, lama kelamaan letih dan bosan juga bila asyik menerangkan pada mereka-mereka yang baru nak memahami erti istilah pada pangkal ayat ini tadi. Namun,aku tetap menerangkan pada kawan-kawan yang mahu bertanya . Aku bila menerangkan sesuatu lebih suka berpanjang lebar kerana apabila aku singkatkan maklumat tersebut ,mereka pula akan bertanya meleret-leret sehingga hilang hujung dan pangkal. Akan tetapi apabila mereka sudah mengerti mereka pula yang mengajar aku bahawa ''tak perlu nak explain pepanjang la P'e ,cakap love sudah''. Tapi bila aku cakap hc/punk tu love mereka pula yang buat muka sebu sambil bertanya semula ''love apa?''. haishhh..

Ya, love apa? apa yang love nya? Cuba fikir.

Baiklah, hc/punk ini adalah suatu golongan,ehemm golongan apanya? Hc/punk ni adalah sesuatu yang menentang? aik? Tadi kata love? Haaa,,tak pengsan kah apabila kita cuba memahami suatu perkara itu hanya pada maksud seperti itu?  

Baiklah, begini perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang boleh dan patut kita rasakan apabila kita berada pada suatu keadan yang sukar dan sempit seperti tertindas,kena saman,mendapat layanan buruk,diskriminasi di tempat kerja dan sebagainya yang bersifat dihimpit dan rasa ditindas. Ia adalah suatu rasa yang berlainan daripada orang sekeliling yang selesa mengikut arus pemodenan,pembangunan dan kekayaan . Cuba rasakan apabila kita mendapat layanan buruk di tempat kerja sedangkan kerja yang diarahkan dengan kemas kita kerjakan tetapi kita tetap dimaki ,dicerca sedangkan kita sudah turut sama membantu menyelesaikan kerjanya melalui tugas yang diberi tetapi orang yang rapat atau saudaranya yang turut berkerja di bawahnya tetap mendapat layanan baik sedangkan orang itu hanya mencuri tulang,,
     Jika anda memahaminya, apa yang anda rasa? Benci pada orang yang selalu dibela itu atau benci dengan sikap majikan anda? Jika anda benci dengan orang tersebut atau majikan anda maka itu adalah sikap dengki,dendam dan merupakan sikap seseorang yang sama seperti penindas tetapi jika sikap majikan anda yang anda benci maka itulah sebenarnya suatu perasaan yang anda patut rasakan.
     Perasaan apa? Perasaan benci pada sikap yang diamalkan oleh majikan tersebut atau boleh digelar diskriminasi .Lalu kita benci akan penindasan seperti itu sehinggalah menjadi pendirian kita untuk sentiasa berlaku seimbang dan tidak memihak pada sebelah pihak sahaja apabila membuat keputusan atau hukuman(bagi hakim-hakim) . Lalu kita melihat orang-orang yang lebih malang kerana menjadi mangsa tertindas dan daripada situlah timbulnya perasaan love kerana simpati kerana merasakan perasaan mereka kerana kita sudah merasakannya daripada pengalaman. Kemudian, kita menasihati orang supaya menjauhi sikap tersebut tanpa rasa mahu menghukum atau merasa diri ini lebih baik daripada orang lain yang tidak sama dengan kita serta hormat-menghormati dan barulah sikap tidak rosak dan aman selalu. Insyaallah.

Fahamkan? Hardcore/Punk bukan sekadar gaya dan gelaran. Bukan pula erti semata-mata tetapi suatu perasaan yang menjadikan kita hardcore/punk melalui attitude dan pendirian bersama etika-etika perasaan tersebut yang perlu dipelajari . Bagi aku, kerana mereka tidak memahami inilah ,ia menjadikan kita lalai.

Lover againts Hater.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan