Khamis, 19 Mei 2011

Kerja

Bila mahu ceritakan tentang topik ini,terfikir juga akan topik yang tidak layak bagi aku perhebahkan. Tetapi sudah terbiasa aku sebagai pemerhati kepada suara-suara,perbuatan,keputusan atau apa lagi sehingga ia merupakan sesuatu topik yang menjadi hangat dalam fikiran aku lalu aku suarakan dalam blog yang kurang konsisten ini.
Kali ini aku ingin bercerita tentang kerja bagi pemahaman ataupun konsep yang aku rasa lebih tepat supaya timbulnya rasa ikhlas bagi seseorang yang melakukan kerja berdasarkan arahan.
Perkara ini telah dijelaskan oleh JeneralMyhem suatu masa sebelum ini kepada aku dan beberapa rakan semasa menikmati beberapa keping pizza. Penerangan tentang etika sebenar kerja . Kemudian, sebuah rancangan Islamiah yang ditayangkan oleh saluran televisyen percuma tempatan turut menerangkan dan seperti biasa bila berat fikiran ini untuk memikirkan ,aku terus bertanya kepada abah ku maka dapatlah aku jawapannya.

Setiap gerak geri tubuh ini adalah kerja . Kaki diberi untuk berjalan. Tangan diberi untuk memegang. Mata diberi untuk melihat. Telinga diberi untuk mendengar. Hidung diberi untuk menghidu . Mulut dan Lidah diberi untuk bercakap dan bersuara. Adakah kini kita hanya menggunakan semua anggota itu untuk kerja-kerja yang telah ditetapkan seperti di atas? Bagaimana kita boleh menggunakan kaki untuk menyepak? Bagaimana kita boleh menggunakan tangan untuk menyentuh? Begitu juga akan pacaindera seperti mata yang membolehkan kita menggoda,hidung yang membolehkan kita menyedut udara serta mulut dan lidah yang membolehkan kita makan dan merasa. Apa yang membuatkan kita mampu melakukan perkara-perkara kreatif tersebut?
        Sebenarnya, akal yang terletak di otak ini yang membuatkan segala kerja itu menjadi lebih kreatif. Contohnya, apabila seseorang memberi arahan supaya anda mengambil kerusi kerana ada tetamu yang mahu duduk lalu anda mendapati terdapat 2 buah kerusi yang berlainan. Satu kerusi yang kering dan satu lagi kerusi yang basah. Kerusi yang manakah yang akan anda pilih untuk kebaikan tetamu anda ? Jika akal fikiran digunakan lalu perasaan mula timbul akan rasa ambil berat dan tanggungjawab bagi kerja tersebut maka sesuatu yang terbaik akan anda hasilkan. InsyaAllah.
        Menerima arahan memang sesuatu yang membosankan tetapi jika kita berfikir pasti ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kita melakukan kerja bukan kerana menerima arahan semata-mata . Kerja memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk sedangkan anjing juga menerima arahan dari tuan nya seperti mengawasi halaman rumah dan ia mengenal akan orang luar  dan tuannya . Itu membuktikan bahawa ia bukan melakukan kerja tersebut kerana arahan semata-mata kerana tidak menyerang tuannya yang merupakan pemilik rumah tersebut.
 
Begitulah perumpamaannya untuk hidup ini.,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan