Khamis, 12 Mei 2011

Selamat Hari Jadi gemok yang tua!!!

Pukul 12pm tadi maka tamatlah 11 Mei yang merupakan hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 20 kalinya.Ini juga merupakan review tentang hari jadi aku yang pertama sejak blog ini dibina pada tahun lalu.
Pada kali ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini semuanya seronok walaupun tanpa kek tetapi aku tetap seronok. Ucapan selamat sambil menyindir penambahan dekad dalam angka umur aku membuat aku rasa seronok dan bermakna. Biarlah tanpa kawan-kawan yang jauh kedudukannya dari tempat tinggal aku kini tetapi Facebook membuatkan aku dekat dengan mereka. Bermula jam 0001 semalam berpusu-pusu ucapan hari jadi ke wall aku. Ahh,,bahagianya....

Kini tiadalah lagi sebutan belas dalam angka umurku ,hari besok umurku diganti dengan puluh. Tetapi,aku bersyukur kerana masih mampu menghirup udara segar, memandang kebesaran ilahi dan menikmati nikmat dan rezeki yang diberi.Alhamdullillah..

2 ulasan:

  1. selamat hari jadi kawan.
    walaupun dah ucap kat fb tapi nak ucp jugak kat sini......

    BalasPadam
  2. selamat hari jadi gemok yang tua . ==' .

    BalasPadam