Isnin, 20 Jun 2011

Hmm. Biarlah.

Hmm.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan , tahun juga pastilah berganti dengan tahun yang baru dan tidak terhenti waktu-waktu sehinggalah waktu hidup kita yang akan berhenti . Namun , waktu tidak akan pernah berhenti walaupun jasad sudah dikandung tanah kerana jiwa-jiwa akan tetap melalui waktu-waktu yang telah dijanjikan sejak awal kehidupannya. Begitulah juga akan aku, waktu-waktu tetap berubah dan berubah walaupun zaman masih tetap sama tapi pendirian insan-insan pula yang mengubah masa sedang aku masih tetap sama seperti dahulu.

Hmm.

Seperti kebiasaan , aku seorang remaja lelaki yang baru memasuki 20-an . Bila umur ini datang , aku sendiri tiba-tiba mendapat suatu perasaan berupa keinginan atau nafsu yang boleh menjangkau tahap 'serakah'. Maaf jika anggapan anda tulisan kali ini agak kotor atau kurang senonoh . Lagipun inilah yang dinamakan ''cerita personal yang boleh dikongsi''. Aku cerita ni bukan apa , sebenarnya aku masih belum ada waktu lagi dan belum pun terfikir untuk mencari seorang teman wanita atas sebab serik dahulu yang masih belum padam walaupun apa benda jelik yang terdapat pada ayat-ayat di atas tadi cuba menolak-nolak belakang aku supaya  menuruti kehendak tersebut.

Hmm.

Akan tetapi ,separuh perasaan itu tetap ada juga dalam kehendak dan keinginan ku . Oleh kerana itu, kesunyian sudah mula terasa sedikit apatah lagi bila melihat kawan-kawan yang angkuh bersama teman-teman wanita mereka . Rasa iri hati tetap ada mengganggu , membisik-bisik menyuruh aku untuk mencari. Apalah usaha yang boleh aku lakukan untuk itu ? Waktu dan Keadaan aku masih belum mampu untuk aku mengusahakan itu kerana aku sudah pun berputus asa apabila dahulu pernah ''kawan menjadi lawan''..

Hmm.

Maka lebih baik aku lupakan .
Biarlah keadaan yang membantu .
Sebelum aku termakan .
Biarlah perhatian ku pada waktu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan