Selasa, 14 Jun 2011

Putus Asa

Malam di selatan semenanjung ketika ini agak hangat,kipas yang berputar sudah semakin lelah nampaknya kerana kehangatan itu masih terasa sehingga peluh menitis satu demi satu. Oleh kerana itu, mata ini masih belum mampu lelap...Sebenarnya apa yang engkau tampungkan wahai hati sehingga melibatkan  akal fikiran yang inginkan rehat?

Mungkin rasa itu telah tiba lagi, iaitu rasa yang pernah aku rasakan dulu semasa bunga yang layu tiba-tiba mekar dan bila ingin ku petik ia telah hilang diragut orang..Rasa yang dulu semasa kecerahan tiba-tiba terpancar di suatu tempat yang gelap gelita sekian lama lalu apabila penghuninya mula melakukan kerja-kerja, kecerahan itu terpadam kembali tiba-tiba..Adakah perasaan getir itu yang kau tampung lagi wahai hati?

Jika itulah yang engkau tampungkan , berat nampaknya sehingga fikiran ini kau libatkan maka kau lepaskanlah apa yang kau tampung itu.. Aku akui untuk berputus asa memikirkannya kerana tiadalah mampu bagi aku lagi untuk memetik lagi bunga-bunga yang mekar dari layu kerana tindakan ku selalu lewat, tiadalah mampu lagi bagiku untuk menanti kecerahan dalam gelap gelita seperti dahulu kerana itu adalah angan-angan yang sia-sia untuk aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan