Jumaat, 24 Oktober 2014

Helaian Kehidupan

Ketika ini duka menghunus mata pena nya yang tajam pada permukaan helaian kertas yang tertulis perihal kehidupan ku berjalan.

Terasa cemas menanti akan apa lagi yang bakal dikarang oleh pena itu. Entah berapa banyak lagi belukar yang akan dilukiskan di atas helaian itu.

Biarlah. Tiada guna aku berair mata kerana tiada sesiapa untuk aku persembahkan duka ini.

Biar lah.

Asalkan nanti, ada pentas yang tinggi menanti aku dengan dentuman meriam dan bunga api meraikan kewibawaan yang tak seberapa ini.

Dan ketika itu aku tersenyum sendiri menjulang kitab kehidupan. Dikala tiada siapa yang melihat selain Tuhan dan malaikat.

Rabu, 22 Oktober 2014

Malam Di Bawah Mentari

Angin bersiul lagi,
Di tepi perjalanan,
Daun-daun gugur menemani aku,
Di bawah limpahan cahaya neon,
Sedikit terang di tengah kelam nya malam,

Rembulan sudah terlalu terang
ketika ini,
Kerana ia mengingatkan aku pada lirikan mata mu,
Angin masih bersiul,
Bagai bisikan suara mu yang menyentuh kalbu ku,
Dedaunan semakin rancak berguguran berserakan pada muka aspal yang lembab,
Terasa seperti kita sedang berlari bersama ketawa riang yang memecah sunyi nya perasaan ku ketika ini,

Maka sejak tamatnya malam ini,
Akan aku kerahkan segala kudrat,
Supaya malam ini menjadi nyata di bawah mentari.


Ahad, 19 Oktober 2014

Ini

Aku sedang cuba mengerti.
Tentang perasaan ini.
Apakah ini?
Bertalu-talu peringatan yg datang.
Tapi ingatan ku hanya pada ini.
Seperti tak bisa ku lepaskan.
Ia bertaut mati.
Di dalam hati.

Terasa ada pisau yg menikam.
Ada luka-luka.
Pedih.
Tapi tak bisa kulihat.
Tapi aku rasa.

Aku masih cuba untuk mengerti.
Apa puncanya?
Apa jalannya?

Jumaat, 17 Oktober 2014

Kawan

Tentang kawan.
Kawan.
Teman.
Pasangan.
Sahabat.

Di dunia ini lah kita dapat berkawan.
Selepas ini kita tidak akan tahu akan ke manakah kita.

Di dunia juga kita tidak mampu menebak siapa kawan kita.
Di manakah kita esok?

Di dunia ini kita hidup berkongsi dengan pelbagai jenis orang.
Siapakah kita di sini?

Di dunia kita berasa dipedulikan oleh orang yang salah satu nya dipanggil kawan.
Siapakah dia?

Di dunia ini ..
Kawan ialah ujian..
Ada yang menanggap kawan itu bisa saja menghancur kan kita.
Tapi kita juga tidak bisa untuk meramalkan.

Bukankah kita pernah diberikan petunjuk dalam memilih kawan?
Yaa...kita terlalu malas untuk sekadar mengambil tahu.

Ada yang gusar dan merusuh, tidakkah kita berfikir sebelum terpengaruh?

Kita yang menentukan untung rugi kita dalam mencari kehidupan..jadi mengapa orang lain yang mesti dianjing kan?

Iya...kita teraniya, didustakan, ditindaskan, ditikam daripada belakang, dipermainkan atau diaibkan....apa bezanya dengan anak kecil yang kepala nya terhantuk ketika tersungkur jatuh lalu menangis kuat?

Itu ialah ujian bagi kita sayang.
Bersabarlah.
Kurung hati mu.
Pasung nafsu mu.
Biar akal yang bebas.

Berfikir tentang kebenaran serta kebaikan itu lebih elok.

Khamis, 4 September 2014

Hidup Ini Singkat.

Mungkin pernah atau belum datang akan sesuatu keadaan di mana kita didatangi dengan masalah yang pelbagai macam dan ia datang secara serentak atau bertubi-tubi. Ketika kita belum siap menyelesaikan masalah yang ini tiba-tiba satu masalah lagi menimpa malah serentak pula. Kita akan mula rasa terlalu serabut dan tak tentu arah seperti berada di tengah hutan belantara seorang diri di waktu gelap dengan ngauman binatang buas di mana-mana.

Ketika ini aku sedang mengalami keadaan tersebut.

Mungkin ini ialah cabaran dan ujian berat seterusnya oleh Tuhan untuk aku selepas terlihat sukses menghadapi dugaan berat 5 tahun lalu.

Apa yang boleh aku katakan, kita manusia punya akal fikiran yang lebih sempurna berbanding makhluk lain. Maka kita gunakannya untuk menghadapi perjalanan hidup ini, bukan untuk memikirkan kesakitan, memikirkan penderitaan, keberadaan musuh atau syak wasangka terhadap sesuatu. Kita gunakan untuk kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Hidup ini singkat...

Rabu, 13 Ogos 2014

Lupakan Semua Yang Berlalu

Tersekat nafas ku,
Pedih terasa di hati,
Pandangan ku kabur,
Hiba meliputi suasana,

Ingin ku biar saja,
Lepas semua air mata,
Tapi kubiar tergenang saja,
Biar karam bola mata,

Ku tahu,
Kita tak sejalan lagi,
Ku mengerti,
Kita takkan pernah sama,
Sebagai mana hendaknya,

Aku tak pernah fikirkan,
Tentang masa ini,
Apa saja yang bisa kulakukan?
Hanya yang mampu bagiku,
Melupakan semua yang berlalu.

Selasa, 12 Ogos 2014

Mujur Sempat Ku Berpaut

Kali ini,
Aku hampir jatuh,
Kerana leka memandang ke atas,
Tersadung kaki yang di bawah,
Mujur sempat ku berpaut,
Berpaut pada yang satu,
Jika dibiarkan aku jatuh,
Mungkin musnah segala yang kudukung,
Bersepai segala yang kugalas,
Mujur sempat ku berpaut.

Ahad, 10 Ogos 2014

Sayu

Sayu,
Di hujung malam itu,
Hati terhibakan,
Jari-jemarinya tadi ku lepaskan,
Biarpun tak pernah ku sentuh kan.

Selama ini pun aku,
Hanya angin yang bertiup lalu,
Tak siapa terasakan,
Hanya aku yang tersedu,

Apa guna kau simpan?
Semua yang dibelakang ku,
Kerana aku merasakan mu,
Ku tahu ke mana pergi mu,
Maka biarkan ku sendiri,
Tiada alasan yang aku tunggu,
Kerana terbiasa ku sendiri.

Selamat Hari Raya!!!

Selamat hari raya!!

Dah setengah bulan beraya baru nak wish. Busy pulak. Apa-apa pun sekali aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri.

Masa mula-mula Nabi Muhammad sampai di Yathrib yakni Madinah Al Mukaramah, warga di situ mengkhabarkan ke baginda tentang perayaan-perayaan besar yang penduduk di situ raikan.  Lepas itu, baginda memberitahu bahawa selepas ini akan hanya ada 2 perayaan besar malah lebih meriah dari itu.....iaitu,,,

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

(Sorry, tak sempat nak catat siapa perawi nya, boleh tanya para intelek dan alim ulamak.)

Setiap tahun, aku akan dengar cakap- cakap orang seperti 'raya tahun ni, tak meriah lah' 'tak rasa raya'.

Kebanyakkannya beralasan dengan pendapatan kewangan.

Tapi, aku terfikir akan orang Islam di negara bergolak seperti Syria, Palestin dan negara-negara yang menghadapi masalah kebuluran seperti di Afrika.

Kalau negara yang macam Malaysia ni pun payah nak merasakan nikmat Raya tu, apatah lagi mereka-mereka itu?

Sedih sedih

Khamis, 24 Julai 2014

Ramadhan 9 'Riadah'

Dalam menjalani ibadah wajib di bulan Ramadhan ni, kita selalu ada masalah atau sebenarnya di masalah kan apabila kita berpuasa tapi tetap melakukan aktiviti bersenam dan bersukan.

Masalah pertama nya ialah takut letih kemudian minta minum air. Kedua takut nanti orang tanya "tak puasa kah encik?" Ketiga takut di'bangang'kan.

Apa pun yang menjadi punca masalah tersebut, pedulikkan. Aku dah pun cuba, jogging naik Gunung Tampin. Tak ada kesan yang memudaratkan pun cuma haus tu ada lah.

Tapi cari lah masa yang sesuai, maksudnya masa yang hampir dengan waktu berbuka. Macam beberapa pemain bola sepak dalam skuad kebangsaan Piala Dunia Algeria yang berpuasa ketika bertemu Perancis, waktu berbuka puasa masuk ketika tamat separuh masa pertama.

Cuma jangan lah sampai memudaratkan dan terpaksa membatalkan puasa. Kerana ini cuma riadah.

Perintah Allah itu tidak menghalang kita untuk melakukan apa pun aktiviti asalkan terhindar dari perbuatan yang keji.

Alaaa perang Badar tu dalam bulan Ramadhan tu.