Jumaat, 18 Mac 2011

Rezeki

Hidup ini sebenarnya bagaikan neraka bagi orang-orang yang sabar dan syurga bagi mereka yang angkuh dan tamak. Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan bukanlah sesuatu yang mudah jika ia hanya sekadar reaksi dan kata-kata lidah. Akan tetapi keredhaan dan kerelaan hatinya menerima ujian selepas kesenangan dikecapi. Tidak usah berharap bahawa kesenangan hidup di dunia ini bergantung kepada pendapatan atau wang kertas yang berkepuk-kepuk.

Kita pasti pernah melihat orang-orang yang tidak punya kaki atau lumpuh sehingga dia tidak dapat bergerak atau berjalan untuk berkerja mencari rezeki atau tidak dapat bergembira bersama mereka yang dianggap sempurna maka , apakah guna wang kertas untuk orang yang tidak bernasib baik itu jika hatinya tidak tenteram dan masih berfikir tentang kempunan kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan lain bergembira menikmati nikmat-nikmat hidup? Itulah masanya bagi orang yang tidak bernasib baik itu untuk merasai kelazatan iman dengan bersabar dan bersyukur dengan nyawa yang masih tidak dirampas dan punya masa lagi untuk mengingat Yang Maha Kuasa.
Dengan ini,orang itu akan merasakan sesuatu yang  menggembirakan hatinya lebih daripada orang-orang sempurna itu .

Maka rezki yang datang melimpah-limpah bukanlah sesuatu tanda penghargaan sebenarnya dari Allah namun,ia adalah merupakan ujian dan dugaan yang getir bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk berfikir dan beringat. Bagi mereka yang tidak menggunakan akal maka ia hanyalah sekadar pemberian yang tidak diredhai maka mereka akan terus lalai,tamak dan rezki itu tiada lah lagi berkat lalu tidaklah berguna bagi orang yang jahil itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan