Sabtu, 5 Mac 2011

Maju dan Mundur.

Apabila kita melihat sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi , cukup segala kemudahan awam ,ekonomi yang baik dan sebagainya adakah dalam fikiran anda ia adalah sebuah negara yang maju? Apabila kita melihat sebuah negara yang tiada bangunan yang tinggi ,tiada kemudahan ,ekonomi yang buruk dan sebagainya adakah dalam fikiran anda ia adalah sebuah negara yang mundur? 
Maksud maju atau mundur ini mempunyai 2 pandangan yang berbeza iaitu pandangan Islam dan sekular atau di sekolah dahulu ia digelar pandangan barat. Aku bukan ingin memperdebatkan 2 pandangan ini tetapi bagi membetulkan persepsi seseorang tentang maju dan mundur. 

Sekular memandang maju mundur sesebuah negara atau tamadun itu sebagai kayu ukur kehebatan sesebuah tamadun berdasarkan fizikal seperti bangunan yang tinggi,kecantikan seni bina dan ekonomi yang baik.
Islam pula memandang maju mundur sesebuah tamadun atau negara itu seperti tubuh badan manusia yang mempunyai roh dan jisim atau fizikal. Jika fizikal kuat namun,roh lemah maka tubuh badan atau hati manusia itu akan rebah.  Maksudnya adalah seperti kata-kata berikut; ''kerosakan akhlak mengundang kejatuhan tamadun''

Apakah makna bangunan tertinggi bagi rakyatnya? Negara yang kaya? Nama yang popular? Itu semua tidak lain hanya untuk bermegah-megah yang akan mendorong kepada kesombongan.
Sedangkan masih ada yang ditindas, masih ada yang rasuah, masih ada yang terbuang,masih ada perpecahan dan sebagainya. 

Jadi usahlah menghakimi seseorang  itu hanya dengan memandang bentuk fizikalnya sahaja kerana kesalahan itu yang akan mengundang kejatuhan orang yang menghakimi tersebut. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan