Rabu, 2 Mac 2011

Seuntai Kata

Baru aku sedar post-post onehandtyper dalam beberapa bulan terakhir ini sudah mula serius dan tidak tungang-langgang dari segi penggunaan bahasa. Walaupun memang ada juga post-post yang tergolek dan terbungkang isi dan bahasanya namun,aku tetap cuba menjaga bahasa ,ejaan,susunan ayat dan sebagainya. Tiada lagi 'shortform'   dan ejaan-ejaan yang berdasarkan sebutan [seperti  'nye,ke,berape,etc'].
Umur sudah 20-an, semoga fikiran ini semakin matang serta mempunyai keimanan yang kukuh.


Aku masih ingat,apabila pada mulanya 'follower' hanyalah sahabat-sahabat handai dan kini sudah mula ramai sahabat-sahabat baru daripada pelbagai tempat asal menekan 'button follower' pada blog ini. Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada mereka yang still support.Namun, ramai pembaca atau yang pernah membaca blog ini mungkin tidak berapa memahami apa sebenarnya yang onehandtyper ingin sampaikan daripada post-postnya dari awal hingga post yang terbaru secara keseluruhannya.
Yang mengenali 'Syafi'e Yusran' pasti mengetahui tentang dugaan yang menimpa aku. Namun,aku mampu sabar dan melupakannya dengan begitu mudah dengan bantuan Allah S.w.T malah aku tidak pernah terfikir apa-apa tentang tangan yang sudah pergi ini kerana aku cepat diajar tentang sabar oleh masyarakat sekeliling serta sifat radikal sebagai remaja yang aku gunakan bagi menentang 'negative thinking'.


Aku mahu semua pembaca atau yang membaca ataupun terbaca mempunyai 'good thingking' seperti itu. Bukan untuk membangga diri atau menceritakan kebaikan diri aku sendiri tetapi untuk membuka minda semua orang supaya mampu bersabar,mengerti tentang kehidupan,aman dan menjadi manusia yang bijak menyelesaikan masalah yang selalu membayangi hidup setiap hambaNya. Menceritakan tentang lahiriah dan rohaniah serta 'meaning' di sebalik apa yang berlaku di sekeliling kita atau aku sendiri dan mengesan pengajaran serta hikmah disebalik dugaan yang berlaku bersama 'positive thinking' supaya hidup menjadi ceria,aman dan mudah dilalui.


Sebenarnya aku bukanlah seorang yang baik ,kerana sebagai seorang manusia aku tidak lepas daripada menjadi seorang yang membenci,buruk sangka,hasad dengki ,mengutuk dan sebagainya . Oleh kerana itu lah blog ini aku lahirkan supaya aku boleh menaip sesuatu yang akan menasihat dan mengingatkan diri aku sendiri dan menjadikan Onehandtyper sebagai guru kaunseling atau motivator peribadi aku kerana apa yang ternyata di dalam setiap post merupakan nasihat untuk menyelesaikan kekusutan dalam pemikiran aku ini dan ada juga masalah dalam pemikiran orang lain sama ada dari keluarga atau rakan.


Kesimpulannya, blog ini adalah sebagai alat untuk aku menyelesaikan masalah aku sendiri terhadap diri aku atau orang lain. Tidak sesekali tidak aku mengharapkan kuantiti pembaca yang banyak atau pujian dari pembaca atau pelawat blog ini tetapi aku mengharapkan ada pembaca yang termakan akan apa yang onehandtyper sampaikan. 


Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan