Selasa, 22 Mac 2011

Tamak

Pendirian yang teguh akan tetap teguh dan tidak akan menemui keruntuhan selagi akhlak orang itu masih dijaga kekuatannya dan tidak dibiarkan lemah kesabaran dan ketabahannya. Namun,ujian akan tetap mendatang bila sampai tiba waktunya bagi menguji tahap kesabaran atau kekuatan pendirian seseorang sama ada beliau akan tumpas dan mula terpesong lalu tersungkur atau tahap kekuatannya untuk hidup terus bertambah lalu terus sentiasa berbalik kepada Tuhan dalam setiap perlakuannya dalam hidup. Begitulah bijaksananya Allah S.W.T dalam menjaga dan memilih hambanya yang bertaqwa.

Jadi apakah perkara dunia yang akan mampu menjadi dugaan  kepada seseorang insan yang kuat pendirian dan akhlak?  Salah satu punca keruntuhan akhlak bagi seseorang itu apabila sifat tamak mula menyelubungi niatnya. Itu adalah terjadi apabila dugaan tiba dalam bentuk wang, harta dan kuasa maka akhlak nya akan runtuh serta merta jika hatinya lalai dan masih leka sebenarnya menginginkan kerakusan meratah kebendaan yang sebenarnya dugaan dalam bentuk godaan dan yang menggoda itu ialah syaitonnirrojim.

Sifat tamaknya itu akan mempengaruhi dirinya menjadi manusia yang akan dimurkai Allah S.W.T seperti manusia bersifat Dajjal l.a yang juga menyebarkan tipu daya atas sebab inginkan kuasa seperti Tuhan maka runtuhlah akhlaknya atas sebab kekejamannya ke atas dirinya sendiri. Ada juga sejarah perang Uhud yang merekodkan bagaimana golongan yang akhirnya digelar munafik atas perlakuan mereka yang tamak sehingga melanggar arahan Rasullullah S.A.W  lalu hampir menumpaskan tentera Islam ke atas tentera kaum musyrikin Makkah yang diketuai oleh Abu Suffyan r.a.. Perang tersebut mengorbankan Saidina Hamzah r.a dan melukakan kepala Nabi s.a.w. Begitulah akibatnya jika akhlak diruntuhkan oleh pemilik tubuh itu sendiri dengan sifat tamak yang sememangnnya salah satu punca modenisasi yang tidak terkawal kini.

Maka bersabarlah menempuhi dugaan dan ujian. Wang dan harta hanya menguntungkan pada zahirnya sahaja tetapi rohani tetap lesu dan hati akan terus gusar. Senyuman tidak mampu diukir dengan hati jika rohani tidak seindah zahir. Selalulah kembali kepada Allah kerana sesungguhnya setiap dugaan itu tiba bagi menguji sama ada masih bersyukurkah kita kepadaNya sedangkan dugaan itu bukti Allah s.w.t masih memerhatikan kita dan mengetahui setiap perilaku dan isi hati hambanya. Semoga Allah tidak menjauhkan kita dari berkat dan redha serta rahmatNya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan