Sabtu, 1 Jun 2013

Masalah Sayang Ku.

Masalah datang?

Rilek brader..

Jangan anggap atau jadikan ia sebagai musibah..

Jangan fikir masalah itu adalah kecelakaan atau bala..

atau balasan dari Yang Maha Kuasa..

Jangan sampai terduduk garu kepala..

Menangisi masalah dan sebagainya..


Bertindak lah bro..

Cepat cari jalan penyelesaian yang sebaiknya..

Atau cari saja jalan lain..

Biarlah jalan lain itu jauh..

Yang penting sebenarnya keberkatan..

Jalan yang diredhai Ilahi..


Teruskan bergantung kepada Tuhan..

Supaya Allah redha dan melindungi jalan yang kita pilih..

Jangan gelabah lah sayang..

Tak usah buang masa menganggap dunia ini zalim..

Dunia tak zalim yoo..

Kita yang zalimi diri sendiri..

Tak payah lah nak tayang pada dunia..

Yang kita lebih stress..

Atau berlakon yang kita tak ada masalah..

Diri ini saja yang benar..


Dengan tenang..

Luahkan kisah hati yang gusar itu..

Kepada teman tercinta..

Serta kepada yang Maha Pencinta..


Percayalah sayang..

Satu persatu masalah anda itu akan dibuka jalannya..

Maka tak usah meratap di depan pintu yang tertutup..

Kerana masih ada pintu lain untuk kita..


Tapi bila dah dapat jalan..

Jangan lupa bersyukur..

Jangan lupa berterima kasih..

Jangan lupa daratan..

Jangan lupa..

Jangan lupa sama Allah..


Teruskan usaha mengharap kredhaan Allah..

Kerana selagi hayat masih dikandung badan..

Ujian Allah itu tetap tersedia untuk kita..


Maka rugilah bagi mereka yang tidak sabar..

InsyaAllah..

2 ulasan:

  1. Sy dpt rasakan awk seorang yg kuat, kalau sy kt tempat awk, xtaw la mcm mne, insyaAllah kalau kita ikhlas & redha, Allah akan naikkan darjat kita.

    BalasPadam
  2. Terima kaseh..saya kuat disebabkan anda semua.. banyak menyokong sya.. thanks lg sekali..

    BalasPadam