Selasa, 28 Januari 2014

Sejarah

Aku memang seorang yang suka mencatat atau merekod peristiwa samada dalam bentuk tulisan, foto atau sekadar simpan dalam kepala jer. Dan aku masih belum pasti untuk apa semua itu, tetapi aku lah murid kesayangan cikgu-cikgu sejarah suatu ketika dahulu.

Ya, belajar sejarah memang bosan, tapi apabila kita kena tahu bahawa sejarah atau masa silam kita sendiri boleh menjadi sebuah motivasi buat kita. Atau boleh juga meleraikan kekeliruan dan kecelaruan di abad ini.

Sejarah yang aku maksudkan ialah sejarah benar dan kita percaya dan adalah berkenaan diri kita sendiri. Misalnya, apabila kita hampir putus asa atau gagal dalam kehidupan dan pekerjaan, cubalah kita ingat bagaimana awal nya dahulu sebelum kita tiba ke tahap ini. Ketika kita nyenyak dalam kesenangan, elakkan sifat bongkak dengan mengingat saat-saat kita berhempas pulas sebelum kesenangan ini menjadi milik kita.

Aku memang dah terkurang idea, tapi dengan 2 misalan di atas harap cukuplah untuk engkorang faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.

Kita ni manusia senang lupa, sebab tu lah kita selalu tersilap, tapi normal lah tersilap, asal kita cepat sedar, go on! Dan belajar dari kesilapan.

Khamis, 23 Januari 2014

2014

Rasa macam baru semalam aku dengan Iza, teman-teman, bersama ramai warga Tampin dan sekitarnya, menonton persembahan bunga api di Afamosa Resort, boleh tahan gilang gemilang juga lah, oke lah daripada tak ada langsung. Bersempenakan ambang tahun baru, dengan perasaan poyo yang sukar untuk ditampung lagi, tak sangka juga orang Tampin boleh tahan ramai, duduk atau berdiri bersama-sama teman, pasangan atau keluarga masing-masing,

meninggalkan tahun 2013.

Selamat datang 2014,

Tup tap tup tap kecebushh...

Dah nak habis dah bulan Januari, terasa pantas dan cergas je kan masa berlalu?

Sebab satu hari, cuma ada 24 jam.

Manfaat kan lah sebaik mungkin, jangan dipersiakan.

Jumaat, 10 Januari 2014

Hidup Dan Masa

Sehari ada 24 jam. Waktu tidur yang normal ialah 8 jam. Waktu berkerja kebiasaannya 5 - 10 jam.

24 - 8 - 5#10 = 11 # 6.

Waktu terluang yang kita punyai dalam sehari cuma 6 - 11 jam sahaja atau mungkin lebih atau mungkin lebih sedikit dari jangkaan itu.

Maka, kita cuma ada tidak sampai 1/3 secara purata masa terluang jika diikut pada sistem masa yang dianggarkan secara hentam2 oleh seorang budak yg bajet power matematik macam aku. Haha

Jadi, apa yang kita perlu fikirkan ialah bagaimana kita menikmati kehidupan yg cuma ada 24 jam sehari di samping terpaksa melayan kesibukan mengikut perintah dan aturan ?

Mungkin dengan cara menghargai dan menikmati segala perbuatan dan tindakan. Atau kita lari dari aturan ini dan keluar melihat dunia. Ataupun duduk di depan PC dan menggunakan Google sebaik mungkin. Lepak di mamak dan berborak benda yang hampir sama setiap hari. Membaca buku-buku ilmiah atau novel tentang cinta tiga segi. Memikirkan keadaan negara di samping Najib Razak atau Anwar ibrahim.

Baiklah.. apapun caranya,

Hidup kita ini hanya sekali, memang kita tidak digalakkan untuk melampaui batas, tetapi sekurang-kuranya kita ambil berat dengan masa dan kehidupan yg kita punya. Jangan biarkan hidup ini disia-siakan dengan kertas yang di keluarkan lalu dikutip lalu dikeluarkan kembali. Murtadlah daripada akidah yang menyangka bahawa kecantikan paras rupa lebih gah daripada kemampuan serta peribadinya. Jauhi momokan yang menuduh puak kita lebih suci daripada puak yang lain lalu, puak lain itu sedang bersedia menghancurkan kita.

Hargai lah hidup dan masa ini walaupun mengecewakan.

Kerana kekecewaan itu adalah sayap buat kita.

Khamis, 2 Januari 2014

Tidak Sempurna

Ketika saya memikirkan segala langkah yg terhalang,
Juga segala tindakan yg tak kesampaian,
Atau kekecewaan yg menyelubungi rohani,
Hanya kerana saya tidak sempurna,
Maka saya memikirkan perihal manusia yg berjaya,
Mereka juga tidak sempurna.

Selasa, 3 Disember 2013

Peluang Kedua

Di usia yang masih muda dan terlalu mentah untuk sebuah kesempurnaan, aku percaya kepada peluang kedua di mana bila pernah kita tersilap lalu kita masih punya peluang kedua.

Gunanya bukanlah untuk dijadikan alasan untuk melupakan kesilapan dan kegagalan lalu tetapi lebih kepada memperbaiki dan belajar daripada kegagalan lalu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Seperti bermain playstation atau apapun jenis permainan video. Pada mulanya kita sering gagal tetapi kerana masih punya peluang untuk terus bermain, kita pasti akan mula bermain lebih baik dari sebelumnya.

Peluang kedua adalah untuk seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya ketika dia gagal. Bukan untuk mengambil kesempatan bagi mengulangi kesalahan seperti dulu.

Maka kita juga perlu berhati-hati untuk memberikan peluang kedua. Berhati-hati, bukan ego.

Rabu, 27 November 2013

Cinta

Aku banyak membaca buku-buku novel bergenre romantis. Aku mempunyai pendalaman dan penghayatan yang agak baik. Semestinya, sedikit sebanyak aku mudah terpengaruh dengan isi cerita daripada sesuatu karya terutama bergenre kan romantis.

Daripada sesuatu cerita itu, aku akan mudah tersentuh dan mengkagumi kata-kata, sehingga aku pernah berangan bahawa aku lah yang mengungkap kan kata-kata romantis dan syahdu tersebut. Dapat pula, baru-baru ini aku baru membaca habis buku Sayap-Sayap Patah hasil tulisan penyair dan pemuisi lagenda, Kahlil Gibran. Sebuah kisah romantis dan tragis Gibran dan Selma yang menyentuh hati.

Terkadang aku juga merasa bahawa wanita itu adalah merupakan sesuatu susuk inspirasi untuk menyusun sebuah ayat indah. Atau sebenarnya rasa cinta itu yang membuat dunia ini menjadi lebih luas buat kita?

Iya, aku rasa cinta itu yang membuat dunia ini lebih luas. Bukan sekadar pada wanita, tetapi pada sekalian manusia, diri sendiri, dan Tuhan.

Selasa, 19 November 2013

Alpa

Kita selalu lari dari apa yang pernah kita katakan sebelum ini,
Kita selalu biar kan diri melayang diterbangkan angin songsang tanpa kita peduli tentang apa yang bakal diperbuat,
Kita lebih suka dicucuk oleh jarum yang ternyata kelihatan,
Sambil kita tidak pernah hendak bertanya ,
Bakal ke manakah akan di bawa diri ini...?

Isnin, 18 November 2013

Sisa-Sisa Yang Tak Kelihatan.

Kita hanyalah sisa-sisa perjuangan,
Untuk sebuah perjuangan yang sebenar,
Perjuangan buat diri kita sendiri,
Juga perjuangan buat sesuatu yang berharga dan bakal kita tinggalkan,
Tapi kita hanyalah sisa-sisa,
Tiada siapa yang sudi melihat,
Semua duri yang telah kita telan,
Jangan biar ia tersia-sia,
Hanya kerana kita cuma sisa-sisa yang tak kelihatan,

Lihatlah Lebih Dekat

...Mengapa bintang bersinar?...
Mengapa sungai mengalir?..
Mengapa dunia berputar?..
Lihat lah lebih dekat..
Dan kamu akan mengerti..
Semuanya akan menjadi lebih baik..
Malah lebih hebat..
Buat kamu..

Ahad, 17 November 2013

Kisah Hambar

Wahai kawan ku yang sedang lara,
Masa lalu mu itu terlalu hebat,
Tak perlu kamu agungi pada ku,
Dan tak usah kamu perkecilkan yang kecil ini,
Lidah hanya mampu merasa,
Hati yang membuktikan,
Lihatlah bibir mu,
Tangan mu,
Kaki mu,
Ia menghambarkan kisah mu,
Dan kini,
Kamu berada dalam kegelisahan,
Kerana merasai kejatuhan,
Dari tingginya cerita mu,
Dari tingginya wibawa mu.