Rabu, 18 Mei 2011

Situasi.

Ramai yang mula bertanya kembali akan apa yang aku rasa atau bagaimana situasi sebenar aku sekarang setelah aku menceritakan bahawa aku makan bersuap ,terutama sekali di Facebook . Begitu juga keadaannya apabila mereka melihat aku menggunakan garfu untuk menghisap rokok. Aku memang memahami ia sesuatu yang dipandang janggal apabila seorang kudung 'perform' di atas pentas-pentas 'gig' dan cara bersalam aku yang berlainan.
Aku sebenarnya sukar untuk menerangkan sesuatu yang emosi melalui kata-kata tetapi aku lebih selesa meluahkan melalui tulisan kerana aku seorang yang kuat gementar menyusun kata-kata takut menyinggung perasaan atau pendengar sukar memahami atau erti kata lain aku ini asalnya seorang yang pemalu.
Baiklah, di sini akan aku ceritakan segalanya secara ringkas.

Sebelum aku mengalami kemalangan tersebut aku merupakan seorang pemain drum untuk sebuah band bernama 'cyclonic scream' bersama kawan-kawan yang kini sebahagiannya bersama sebuah band yang sedang hangat corong-corong telinga iaitu 'Throw-Ma'. Namun,pada 26 Mac 2009 masa itu tiba lalu hilanglah  tangan kiri aku pada parat pergelangan dan hilang keupayaan pada tangan kanan atau lumpuh. Jadi aku tidak mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah tangan. Oleh sebab itulah aku perlukan bantuan tangan-tangan insan untuk mengerjakan sesuatu seperti makan,memakaikan pakaian,mengorek telinga,memotong kuku dan sebagainya yang berkenaan dengan tangan. Walaupun begitu, banyak juga perkara yang aku lakukan sendiri setelah berlatih dan membiasakan.

Bagaimana aku menaip sebegini panjang?

Aku menggunakan tangan kiri ku yang kudung ini untuk menaip. Hujungnya mempunyai suatu bentuk yang runcing atau agak tajam dan dengan inilah aku berlatih menaip selaju yang mungkin berpandukan 'Youtube'
dengan nama 'search' One Hand Typer yang akhirnya menjadi title bagi blog ini.

Apa yang aku rasa?

Aku cerita dan jelaskan secara ringkas. Kita tidak tahu apa akan jadi esok jadi bersedialah untuk esok walau sekecil-kecil kemungkinan sekalipun. Maka itulah yang aku fikirkan dari dulu sehingga akhirnya ia betul-betul terjadi dan aku sudah pun bersedia menerimanya. Aku menjaga hati kawan-kawan sebaik mungkin sehingga mereka menjadi tangan aku kini. Menunjukkan pedoman yang baik sehingga aku tidaklah dipandang sinis oleh masyarakat hingga kini. Begitu juga apabila aku melihat orang-orang yang senasib dengan ku duduk di tepi jalan menadah tangan meminta sedekah alangkah hancurnya hati orang tua ku begitu juga sedih hati melihat mereka yang lebih berat ujiannya berbanding aku.
Aku rasa kamu semua boleh memahami perasaan ku melalui gaya penulisan dan cerita-cerita dalam blog ini kerana aku merasakan hidup ini lebih seronok dan bermakna sekarang.

Apa-apa pun, hargailah pemberianNya,sabar dan syukur.

9 ulasan:

  1. i know how it felt for having the disabilities inside you, why? because we are pretty much the same, i was involved in an accident when i was 5 years old. my left hand became half paralyzed. and now i still can't believe i survived. i managed to get through almost everything but life's hard you know. i loved your posts. if only i know you long time ago, we might became a good friend as we both are facing the same situation here. by the way, nice to know you. i dont have the courage to expose about my disability in any of my blog, fb or tell it to my friends, but you did a good job, without the feeling of ashamed you dare to tell the whole world why you became like that, i respect you for that man!

    BalasPadam
  2. you must know,,all people expect me same like other people who has a perfect body..because our word make us perfect ..you must believe it..when we hide something ,its like we lie to them..

    BalasPadam
  3. so, be ourself...nice to know you too Nadya..thanks for all the thing you said..

    BalasPadam
  4. but sometimes its hard to tell some people about my condition, i used to hate my left hand and i wished for million times that i can go back time so i can just avoid the accident that ruined my life, but there are more suffered people out there. somehow i can't be myself as i really wanted to. its pathetic. but.. life's goes on. now after reading ur blog i dared to write the reason why my left hand became like this on my blog, fb and twitter. thanks again for giving me the courage! =]

    BalasPadam
  5. yah,congratulation.. may God bless you always.

    BalasPadam
  6. you too, be strong, keep on hardcore!

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. seharusnya kau bersyukur,walaupun kau kudung. kau tak duduk di tepi2 jalan untuk menadah tangan. mereka ada tangan tapi apa yang mereka gunakan.
    sekiranya kau rasa susah didunia,terima sahaja,kerana ganjaran di akhirat lebih indah dari yang kita harapkan.

    teruskan berusaha.

    BalasPadam
  9. ya ejat..lama sudah tak berborak dengan kau.. itulah sebab aku jelaskan selalu tentang situasi,penerimaan dan segalanya supaya mereka tahu apa yang aku rasa taklah seburuk perkhabaran...malah,lebih seronok..

    thanks ejat..

    BalasPadam