Menjadi pemerhati sebenarnya ialah sesuatu yang menyeronokkan dan ini merupakan minat terbaru aku. Memerhati tingkah laku manusia yang berada di sekeliling dengan mata aku yang tak mungkin ada stok ganti untuknya jikalau hilang pacaindera cahaya ini. Bukan setakat gelagat insan sahaja yang menjadi tumpuan kadangkala binatang, permandangan alam kebesaran Ilahi, perbualan teman-teman dan sebagainya. Ia bagaikan doktrin bagi menawar kekusaman jiwa, kebosanan dan kerinduan. Setiapnya mendorong aku untuk menganalisa plot, scene, irama, tona dan puisi-puisi dalam kehidupan ini. Walaupun punya DSLR iaitu sebuah kamera canggih zaman ini namun, tangan ku tak mampu untuk mengetik butang-butang yang terdapat pada alat tersebut malah aku juga tidak bisa memegangnya. Maka, sukar untuk aku menangkap gambaran daripada pemerhatian aku yang terkadang lengkap mesej baginya. Tapi tidak mengapa, biarlah aku luahkan dalam blog ini sahaja kerana ini sahaja yang tersuai buatku.
Selepas ini, aku bercita-cita untuk menjelajah lebih jauh lagi walaupun ke pendalaman. Insya Allah.
----------------------------------------------
Semenjak punya kereta sendiri, sangat kerap aku merayau. Kadangkala dalam satu hari aku berjalan sejauh 300 km secara pulang-balik. Baru ini baru terasa kesannya, migrain dan sakit belakang mengganggu prestasi saya,,ececehh ayat panadol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan