Jumaat, 26 Jun 2015

2. Ramadhan 2015

Seperti Ramadhan di tahun sebelumnya, apabila telah genap seminggu maka aku atau banyak antara kita semua mulai merasa akan waktu yang pantas bergerak. Sekejap dah seminggu. Minggu depan sekejap dah 2 minggu dan pada malam mantai nanti, sekejap dah sebulan. Begitu lah sebenarnya yang waktu itu jangan tersia-sia kan. Setiap kesempatan yang membawa kepada kejayaan dan kebaikan harus dimanfaat sebaik nya. Kerana kita sama sekali tidak akan tahu yang waktu seperti ini akan datang lagi atau tidak. Kesempatan seperti ini akan ada lagi atau tidak.

Kita tak tahu.

2. Ramadhan 2015

Seperti Ramadhan di tahun sebelumnya, apabila telah genap seminggu maka aku atau banyak antara kita semua mulai merasa akan waktu yang pantas bergerak. Sekejap dah seminggu. Minggu depan sekejap dah 2 minggu dan pada malam mantai nanti, sekejap dah sebulan. Begitu lah sebenarnya yang waktu itu jangan tersia-sia kan. Setiap kesempatan yang membawa kepada kejayaan dan kebaikan harus dimanfaat sebaik nya. Kerana kita sama sekali tidak akan tahu yang waktu seperti ini akan datang lagi atau tidak. Kesempatan seperti ini akan ada lagi atau tidak.

Kita tak tahu.

Khamis, 18 Jun 2015

1.Ramadhan 2015

Malam Ramadan pertama untuk tahun ni. Yeahh. Memang rasa nya baru beberapa bulan lepas kita sibuk-sibuk merangkai kata-kata ucapan sempena Aidilfitri. Mungkin kerana menjalani kesibukan hidup setiap hari maka terasa masa bergerak dan berlalu agak cepat.

Solat sunat tarawih 8 rakaat pun terasa agak sebentar. Mungkin juga kerana hampir setiap tahun aku buat benda sama sampai jadi biasa. Kalau lah solat fardhu 5 waktu aku boleh sebiasa itu. Sebab jumlah rakaat bagi 5 solat fardhu dari Subuh hingga Ishak ialah 17 rakaat semuanya. Cuma pada hari jumaat kita hanya solat 15 rakaat sebab solat fardhu jumaat cuma 2 rakaat menggantikan solat fardhu Zohor 4 rakaat. Kalau tarawih itu 8 rakaat campur solat sunat witir 3 rakaat jumlah nya 11 rakaat dan kita mengerjakan dalam satu waktu berbanding solat fardhu dibahagikan 5 waktu dan jarak tempoh dari satu waktu ke waktu seterusnya agak panjang maka solat fardhu lebih mudah berbanding tarawih yang 8 rakaat campur 3 rakaat witir yang aku kerja kan dengan penuh tumpuan dan semangat.

*Haha. Okay..Ada rasa acah-acah Ustaz Don pulak dah.

Jumaat, 12 Jun 2015

Jelang Ramadhan

Di saat ia hampir lenyap. Lenyap dari ingatan ku dan ketika ini pula aku sedang meraba-raba di mamah kegelapan. Aku masih ingat ketika senja di mana matahari seakan melambai-lambai membakar rindu ku pada nya.

Hari ini aku kembali mendengar orang mula menyebut-nyebut ketibaan nya. Tapi tubuh ku terlalu dingin malah hampir membeku. Namun, nanti akan ku sambut jua ketibaan nya dan akan ku jalani hari di bawah cahaya berkah nya.

Semoga Ramadhan kembali melimpahkan keberkatan nya pada jiwa ku yang lemah.

Jumaat, 5 Jun 2015

Menemui Jalan Pulang

Bagaikan orang yang akhirnya menemui jalan keluar daripada sebuah hutan tebal yang tadi nya dia sesat dan menghidapi kebuntuan berganti-berganti. Di malam gelap gelita bersama ngauman serta pelbagai suara mengerikan bagai ikut serta menutup fikiran dan mata nya supaya terus buntu untuk menemui jalan keluar . Hari ini, dia berjaya menemui jalan sebenar untuk pulang. Oleh itu, dia terus tetap melangkah di atas jalannya menuju pulang dan tidak lagi dihiraukan kegelapan dan pelbagai suara ngeri tadi.

Kerana apabila dihiraukan, kebuntuan akan kembali mencengkam dan dia akan kembali sesat.

Dan dia tahu tentang itu.

Selasa, 2 Jun 2015

Harga Minyak Naik.

Beberapa jam sebelum 1 jun. Secara tiba-tiba senarai harga baru pagi petrol dan diesel terpampang pada semua garis masa laman sosial. Pengumuman harga minyak naik lagi sebanyak 10 sen seliter bermula jam 12 tengah malam.

Ahh. Biasa. Sedikit pun tak terkejut. Tengok keadaan kawan-kawan yang bergaji 1000+ pun tak ada duit nak makan malah nak minum teh o suam pun terpaksa berfikir berulang kali. Terpaksa berjimat. Bayangan buat keadaan ekonomi negara yang kelihatan merudum.

Cieh. Tak terkejut. Ada yang marah. Silakan marah. Hurm. Mungkin pemerintah yang menaikkan harga petroleum ni perlu menerangkan kepada rakyat sejelas-jelasnya alasan daripada keputusan tersebut. Kemudian bersifat terbukalah menerima pendapat dan solusi oleh sesiapa pun tanpa mengira perbedaan politik, fahaman dan ideologi.

Atau kalau rasa tak mampu untuk melayan masalah sebegini, berundur dan berikan peluang buat muka baru.

Alaa. Cakap kat sini pun tak guna.

Isnin, 1 Jun 2015

Tengah 20-an

Aku sudah pun tiba di suatu tempat di mana aku mula tersedar akan kisah lama. Kisah lama yang terakam sikap serta tindakan ku dalam proses melengkapkan pembinaan identiti diri. Ia sememangnya sebuah perjalanan berbunga dan berduri.

Terkenang akan kesilapan dan waktu di mana aku berusaha memperbaiki nya. Sehingga hari ini pun aku masih sedang berjuang memperbaiki semua kesilapan itu.

Daripada semua kesilapan itu, aku belajar malah aku catatkan sambil berharap ia tak akan mungkin berulang lagi. Walaupun tak mungkin pula aku mampu terlepas daripada tersilap maka dengan itu, biarlah ia nya bukan kesilapan yang sama apabila ia terjadi dan kesilapan itu disusuli pula dengan pelajaran yang baru. Sementara nanti, semoga aku bersedia untuk mengajarkan kepada generasi selepas ku tentang pelajaran yang aku terima selama ini.

Berbuat silap itu tetap salah kecuali apabila kita sudi belajar daripada kesilapan serta sering membuka hati untuk memperbaiki diri.

Jumaat, 29 Mei 2015

BandaNeira

Banda Neira. Baru-baru ni aku mulai jatuh hati dengan band daripada Indonesia yang memperkenalkan karya seni mereka dengan nama tersebut. Iya, lirik nya sudah pasti menjadi sebab utama aku tertarik mendengar lagu-lagu mereka ini. Tapi aku tidak mahu terlalu jauh bercerita tentang band ini.

Aku cuma tertanya-tanya apakah itu Banda Neira?

Maklum, aku ialah 'pria jomblo' yang suka termenung, merenung dan kadang terbawa untuk menyendiri. Di kala itu pelbagai persoalan mengkritis di dalam pundak pemikiran ku. Apa itu Banda Neira?

Suatu hari, tiba-tiba Abah menghulurkan kepada aku sebuah artikel daripada sebuah surat khabar online asal Indonesia. Kompas. Ia tentang tokoh pahlawan nasional indonesia iaitu Bung Hatta dan Sutan Sjahrir. Keduanya adalah tokoh penting dalam sejarah pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). Mereka itu disebut sebagai antara Bapa Proklamasi dan Kemerdekaan Indonesia. Artikel daripada Kompas itu, mengenang kembali di suatu masa panjang sebelum kemerdekaan digapai bangsa Indonesia, ketika kedua tokoh besar tersebut hidup dalam buangan di sebuah pulau di bahagian Maluku Tengah. Pulau Banda. Manakala Bung Hatta dan Sjahrir menempuh hari mereka di sebuah perkampungan di atas pulau Banda Neira. Kisah yang hebat dan wajar untuk kita pelajari.

Ternyata aku yang sedang khayal dengan lagu Bangun dendangan  Bandar Neira, justeru Abah juga sedang meneliti sesuatu tentang Bandar Neira. Jadi, Bandar Neira ialah nama sebuah pulau di antara 6 buah pulau yang dinamakan Pulau Banda yang geografi nya tak kalah indah. Lengkap dengan pantai nya yang bersih tak tergubris, laut nya yang bening serta gunung api nya yang hijau. Meski baru terlihat dari foto, cukup memukau.

Maka berlanjut lah fikiran ku menyelami, mengkaji walau tak secara formal. Apakah Bung Hatta dan Sutan Sjahrir? Aku terus menelaah sedalam mungkin. Sehingga terbawalah ke tokoh yang lain nya seperti Soekarno sendiri, Tan Malaka, Natsir, Hamka, Kartini, Hj Agus Salim, Hos Cokrominoto, Muso, Jend. Sudirman, Bj Habibie, Soe Hok Gie dan banyak lagi. Dari pelbagai era, ideologi dan fahaman. Setiapnya berbeda pandangan tapi ternyata budaya demokrasi dan keterbukaan itu benar-benar berlaku di sana apabila mereka semua bebas menyatakan pendapat walaupun aku difahamkan ada suatu era di mana mereka pernah dikekang. Kemudian Reformasi berlaku dan Indonesia sedang bergerak kehadapan sambil belajar daripada nilai perjuangan serta keperibadian tokoh bangsa.

Kerana keterbukaan, mereka tidak segan mempelajari sejarah bangsa mereka. Mungkin di sini ramai sekali pejuang yang dekat dengan bayangan kita itu masih digelar pemberontak lalu mereka dilenyapkan dan sejarah kita hanya berkenaan beberapa orang bangsawan pergi ke barat memohon kemerdekaan.

Dan kita hanya pelajari itu.

Khamis, 28 Mei 2015

Hai Kawan. Apa Mahu Mu?

Hai kawan,
Apa mahu mu?
Dengar lah tanya ku ini
Apa sebenarnya mahu mu?
Kehendak mu itu apa sebenarnya?
Terlihat benar oleh ku yang mulai disengat perasaan muak, loya dengan tingkah mu itu,
Jawab lah kawan,
Kau mahu apa?
Segala yang kau terima kau nafi kan. malah kau keji kan pula,
Itu kan bahagian buat mu?
Bahagian yang tak sering nya datang sesempurna itu,
Mungkin kau tak puas dengan itu,
Tapi itu kan setimpal dengan usaha mu,
Sedang pernah pula kau berbicara karma dengan mulut mu terbuka luas sehingga nampak gigi gerahang mu di suatu saat dahulu,
Justeru katakan lah pada ku kawan,
Jawab tanya ku ini,
Apa sebenarnya mahu mu?

Rabu, 27 Mei 2015

Hari Ini. G.S.T

Di akhir ini, sama ada aku baru sadar atau hakikat memang semacam itu, pelbagai kejadian atau peristiwa yang menggemparkan saja yang berlaku di bawah langit kita ini. Sama ada hal bencana alam, kecelakaan jalan raya, kecelakaan udara, imigran, perlarian, penindasan, pemberontakan, perpecahan, fitnah dan sebagai nya telah menjadi sesuatu rentak dalam irama kehidupan kita belakangan ini.

Antara yang memberi kesan benar adalah seperti G.S.T iaitu suatu sistem percukaian yang baru diperkenal kan oleh kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh DS. Najib Tun Razak. Aku tidak mahu menyentuh apa-apa hal berbentuk politik di sini dan tentang kepercayaan warga kepada pemerintahan hari ini juga tidak aku sentuh. Itu adalah hal yang semua orang telah pun tahu.

Aku cuma ingin memperkatakan bagaimana perkara yang semacam ini telah merubah sejurus mempertingkatkan daya pemikiran serta pemahaman kita dalam hal yang menjadi penting dalam kehidupan seharian. Semua orang yang aku lihat sebelum ini hanya tunduk akur pada keputusan dan tindakan orang atasan mulai berfikir lama sebelum menerima keadaan itu. Setiap kenyataan juga tidak dihadam bulat-bulat malah pelbagai diskusi mulai mengalas meja. Semua orang bercerita tentang ekonomi dan budaya sebelum membuka sepenuhnya hal politik bersama pendapat masing-masing. Keluhan juga bukan lagi sekadar rungutan tapi keluhan itu mulai bersulamkan pemikiran dari kefahaman yang sebenarnya.

Kita manusia dibebaskan untuk itu, hak untuk kita berfikir. Membentuk negara ini sebaik-baiknya buat generasi seterus nya.