Jumaat, 29 Mei 2015

BandaNeira

Banda Neira. Baru-baru ni aku mulai jatuh hati dengan band daripada Indonesia yang memperkenalkan karya seni mereka dengan nama tersebut. Iya, lirik nya sudah pasti menjadi sebab utama aku tertarik mendengar lagu-lagu mereka ini. Tapi aku tidak mahu terlalu jauh bercerita tentang band ini.

Aku cuma tertanya-tanya apakah itu Banda Neira?

Maklum, aku ialah 'pria jomblo' yang suka termenung, merenung dan kadang terbawa untuk menyendiri. Di kala itu pelbagai persoalan mengkritis di dalam pundak pemikiran ku. Apa itu Banda Neira?

Suatu hari, tiba-tiba Abah menghulurkan kepada aku sebuah artikel daripada sebuah surat khabar online asal Indonesia. Kompas. Ia tentang tokoh pahlawan nasional indonesia iaitu Bung Hatta dan Sutan Sjahrir. Keduanya adalah tokoh penting dalam sejarah pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). Mereka itu disebut sebagai antara Bapa Proklamasi dan Kemerdekaan Indonesia. Artikel daripada Kompas itu, mengenang kembali di suatu masa panjang sebelum kemerdekaan digapai bangsa Indonesia, ketika kedua tokoh besar tersebut hidup dalam buangan di sebuah pulau di bahagian Maluku Tengah. Pulau Banda. Manakala Bung Hatta dan Sjahrir menempuh hari mereka di sebuah perkampungan di atas pulau Banda Neira. Kisah yang hebat dan wajar untuk kita pelajari.

Ternyata aku yang sedang khayal dengan lagu Bangun dendangan  Bandar Neira, justeru Abah juga sedang meneliti sesuatu tentang Bandar Neira. Jadi, Bandar Neira ialah nama sebuah pulau di antara 6 buah pulau yang dinamakan Pulau Banda yang geografi nya tak kalah indah. Lengkap dengan pantai nya yang bersih tak tergubris, laut nya yang bening serta gunung api nya yang hijau. Meski baru terlihat dari foto, cukup memukau.

Maka berlanjut lah fikiran ku menyelami, mengkaji walau tak secara formal. Apakah Bung Hatta dan Sutan Sjahrir? Aku terus menelaah sedalam mungkin. Sehingga terbawalah ke tokoh yang lain nya seperti Soekarno sendiri, Tan Malaka, Natsir, Hamka, Kartini, Hj Agus Salim, Hos Cokrominoto, Muso, Jend. Sudirman, Bj Habibie, Soe Hok Gie dan banyak lagi. Dari pelbagai era, ideologi dan fahaman. Setiapnya berbeda pandangan tapi ternyata budaya demokrasi dan keterbukaan itu benar-benar berlaku di sana apabila mereka semua bebas menyatakan pendapat walaupun aku difahamkan ada suatu era di mana mereka pernah dikekang. Kemudian Reformasi berlaku dan Indonesia sedang bergerak kehadapan sambil belajar daripada nilai perjuangan serta keperibadian tokoh bangsa.

Kerana keterbukaan, mereka tidak segan mempelajari sejarah bangsa mereka. Mungkin di sini ramai sekali pejuang yang dekat dengan bayangan kita itu masih digelar pemberontak lalu mereka dilenyapkan dan sejarah kita hanya berkenaan beberapa orang bangsawan pergi ke barat memohon kemerdekaan.

Dan kita hanya pelajari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan