Selasa, 27 Julai 2010

ketakutan hanya permainan minda

pada masa dahulu..ada dua buah kerajaan yang dinamakan kerajaan A dan kerajaan B..dan dipisah kan oleh sebatang sungai yg besar dan panjang...menurut cerita-cerita rakyat , sungai tersebut dihuni oleh seekor buaya yg besar dan ganas..ramai nelayan2 dan kapal2 serta perahu2 yg melalui nyer hilang tanpe beriter...rakyat kerajaan A dan B amat takut untuk mnyeberangi sungai tersebut . mereka hanyer mampu mngambil air dari tepi sungai itu..

oleh kerana hubungan Kerajaan A dan B terputus disebab kan sungai itu..raja A mengambil keputusan untuk membuat pertandingan ..bagi sesiapa pemuda nya yg berani menyeberangi sungai yg mengandungi buaya yg ganas tersebut akan diberikan hadiah iaitu mengahwini puteri nyer yg cantik jelita..dan mendapat pangkat yg tinggi serta darjat kebesaran dan habuan-habuan lain yg amat lumayan..
tujuan raja tersebut adalah untuk mendapatkan kerjasama Raja kerajaan B untuk membina jambatan serta ingin melamar puteri raja B untuk putera baginda bagi mengekalkan hubungan yg terputus selama beratus tahun..

pertandingan yg amat mencabar itu pun dilancarkan..akan tetapi ,pada hari itu tiada seorang pemuda pun yg berani menyahut cabaran tersebut...pertandingan diteruskan pada hari berikutnya dan tiada juga yg berani..
dan sehingga hari ke-5 ,masih blum ada lagi pemuda2 yg berani..Raja A mula berputus asa dan ingin membatal kan pertandingan tersebut..

Tiba-tiba seorang pemuda melompat ke dalam sungai dan terus berenang menyeberangi sungai tersebut dan akhirnya tiba di seberang dan pemuda tersebut terus memasuki Kota kerajaan B  dan menyampaikan hajat Raja A pada Raja B..Raja B dan rakyat negara itu terkejut dgn ketibaan pemuda tersebut..dan pemuda tersebut terus membawa utusan jawapan dari Raja B dan terus berenang menyeberangi sungai tersebut dengan tenang ...

Apabila tiba di daratan,raja A dan seluruh rakyat masih tertanya-tanya tentang keberanian pemuda itu..Raja A pun bertanya kepada pemuda itu..

Raja A: Apakah nama kau wahai pemuda ku yg gagah berani..?
Martin : Nama hamba Martin tuanku...
Raja A: boleh ceritakan pada beta tentang kebranian mu itu..?
Martin : boleh tuanku ..pada mulanya hamba amatlah takut untuk mnyeberanginya sehinggalah ada seorang teman terlanggar hamba sewaktu duduk di tebing sungai itu dan hamba pada waktu itu sedang berfikir tentang rasa takut dalam diri hamba..apabila terjatuh ke dalam sungai ..hamba merasakan ketakutan yg teramat..tetapi hamba terus berenang dengan pantas tanpa memikirkan buaya tersebut...dan akhirnya tiba di daratan..
dan apabila ingin pulang ke sini..hamba terfikir bahawa ''menurut cerita buaya yg ganas tersebut hanya seekor dan cerita itu telah wujud lebih ratusan tahun..oleh nenek moyang kita..maka sudah pastilah buaya tersebut sudah mati dan tak kan ada buaya lagi di sungai ini kerana ia tidak mampu membiak sendiri'' jadi hamba pun berenang ke sini dengan tenang dan tidak ada apa-apa yg berlaku...


ketakutan hanya mainan minda dan perasaan ...kecekalan akan mengatasi segalanya...jangan mengalah kerana takut mencuba..mengalah biarlah setelah siap mencuba...   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan