Jumaat, 18 Mac 2011

Pelupa Diri

Sifat manusia itu adalah pelupa seperti seorang yang terkandas seorang diri di tengah-tengah lautan yang bergelora . Pada masa itulah dia akan mula berdoa dan bersujud kepada Tuhannya maka apabila dia sudah berjaya mendarat di daratan lupa lah akan dia tentang susah nya tadi di tengah lautan.
Itulah keterangan Allah dalam firman Nya. 

Tuhan Maha Mengetahui tentang sifat manusia itu yang di namakan ''anas'' yang bermaksud pelupa jika diterjemahkan dengan lebih mendalam. Namun, terharu rasanya bila Dia masih berlembut walaupun jutaan dozen dosa atau perintahnya yang dilanggar. Bila kita lupa akan Dia namun  Tuhan tetap bersama menemani malah rapatnya Allah dengan hambanya adalah lebih dekat daripada urat leher. Begitulah dekatnya Allah dengan hambanya malah ada pendapat ulama'2 tassawuf bahawa degupan jantung ini sedang menyebut kalima Allah tetapi sukar untuk kita mengingat yang itu. 

Agama sebenarnya mengajar kita untuk menjadi seorang yang tenang hatinya walau pelbagai yang menghimpit dan bukanlah agama ini mengajar kita supaya tidak berbuat salah. Sebenarnya begini, dugaan  tidak akan datang jika tiada kesalahan kerana setiap kecelakaan tidak akan datang melainkan atas perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri dan akal yang diberikan inilah digunakan untuk menguatkan hati supaya bersabar dan tenang lalu terus mengingat Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan tiadalah kuasa apapun bagi kita untuk mengatur akan sesuatu walaupun tangan ini besar dan luas kuasa nya kerana kita hanyalah hambaNya yang sedang mencari bekalan supaya mendapat kejayaan di akhirat kelak maka jika kecelakaan menimpa di akhirat nanti apakah kita mampu menafikan kesilapan kita dulu. Begitulah perumpamaannya tentang hidup ini.

Maka mengingat diri sendiri itu perlu kerana jika akal yang baik itu mampu berfikir lebih dalam maka dia akan mula mengingat akan bagaimana seekor cacing boleh terbentuk menjadi wajahnya yang indah ciptaanNya lalu diberikan kuasa untuk berfikir,berkata dan membaca lebih daripada ciptaan Nya yang lain di muka bumi ini lalu insyaAllah hilang lah ''pelupa diri'' disekeliling hidup kita.

iNGatlah siapakah manusia itu ? Yang memusuhi antara satu sama lain? lupa akan beberapa kalmah daripada Adam a.s yang memohon keampunan daripada Allah? maka ingatlah dengan akalyang baik dan hati yang kuat.




1 ulasan: