Sememangnya, masyarakat di mana-mana pun di seluruh pulusuk dunia ini mempunyai suatu tabiat dalam bidang pergaulan yang digelar 'bergurau' atau kata dasarnya 'gurau'. Gurau mudah kita dapati di dalam sejenis perbualan yang dikategori sebagai 'bual kosong' dan terdapat juga bagi seseorang yang suka mengusik dan juga bagi seorang yang lucu. Tujuannya, supaya suatu gelak tawa dapat dicipta. Begitulah makna 'gurau' yang aku fahami.
Seringkali, terusik pada gegendang telinga aku tentang suatu gurauan yang aku tak boleh terima iaitu kata-kata seperti, ''ohh..kau Islam rupanya.''.
Ya, niat memang hanya bergurau tetapi hati-hati kerana ia seperti kau mengkafirkan seseorang yang kau tahu dia masih muslim. 2 kalimah shahadah sudah menjadikan seseorang itu Islam, solat bagi mengukuhkan atau mendirikan tiang agama untuk dirinya sesudah dia percaya dengan Islam. Begitu juga dengan ibadat yang lain.
Berhentilah bergurau sedemikian rupa kerana mengkafir-kafirkan ini kerja orang munafik dan hipokrit. Memang terdapat ulamak yang menjatuh hukum mengkafirkan atau menyesatkan tetapi mereka punya hujah serta alasan di hadapan Allah azza wa jalla. Gurau itu ialah bual kosong manakala bual kosong itu sesuatu yang sia-sia dan perbuatan sia-sia itu dibenci Allah s.w.t maka, adakah gurau layak dijadikan alasan di hadapan Allah kelak?
Oleh itu, hanya Allah saja yang Maha Bijaksana serta Maha Adil dalam segala urusanNya.
Selasa, 31 Julai 2012
Ramadhan 2012 Day 11 - Catatan Tertunda.
Subhanallah walhamdullillah.
Seminggu sudah kita tempuhi Ramadhan tahun ini. Walaupun baru seminggu, tapi, rasanya sudah banyak cerita berkenan cabaran dan dugaan yang telah ditempuh seminggu ini. Lepas taraweeh, lepak kedai minum dengan kawan-kawan, sudah tentu ada di kalangan kita yang akan berkongsi pengalaman puasa nya setiap hari. Seperti terpaksa berkerja berat, terliur melihat non-muslim minum di bawah panas terik, gangguan zina mata yang menggoda nafsu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tahniah kepada mereka yang masih bisa bertahan dan semoga berjaya dalam pertempuran dahsyat ini.
Aku ingin memohon maaf kerana tidak dapat menaip catatan-catatan mengikut sehari-hari disebabkan kesempitan masa memandangkan terpaksa menguruskan perniagaan ku di bazar ramadhan yang sudah mulai beroperasi minggu ini di Tampin.
Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.

Khamis, 26 Julai 2012
Ramadhan Day 5 - Catatan Tertunda
Hari ke-5 Ramadhan, tetap juga sama saja seperti hari-hari sebelumnya. Maklumlah, aku masih belum recover daripada pembedahan kelmarin. Kalau dikira-kira masa, sudah 5 minggu berlalu daripada tarikh pembedahan tersebut sedang aku disaran doktor pakar supaya memakai balutan ini selama 6 minggu barulah boleh dilepaskan balutan bersalut simen bercampur fiber glass yang keras serta agak berat ini. Maka, hanya tinggal lagi 1 minggu menjelang 2 Ogos di mana tarikh ini aku mempunyai temujanji pakar dan ketika itulah tangan ini bakal merdeka!
Menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, 4 jam (2jam pertama KCB 1, 2jam kedua KCB 2) juga durasi nya namun, sangatlah terkesan dan terinspirasinya aku dengan filem yang diadaptasi dari novel Ketika Cinta Bertasbih karangan Habiburrahmah El Shirazy.
Tentang Khairul Azzam yang menuntut pelajaran di Universiti Al Azhar, Mesir sambil berkerja keras menjual tempe dan bakso bagi menampung pembelanjaan keluarganya di kampung halaman. Perjuangan watak Mas Azzam dalam menuntut pelajaran sambil menghidupi keluarganya serta usahanya dalam menemukan jodohnya sambil tetap berpedoman dan berprinsip kepada agama boleh menuntun kita serta menjadi inspirasi yang sangat bermanfaat. Selain kisah watak utamanya, watak-watak lain juga mempunyai peranan tersendiri dalam menuntun dan memotivasi penontonnya.
Itu sajalah catatan untuk hari ke 5 aku berpuasa.
Selasa, 24 Julai 2012
Ramadhan 2012 Day 4 - Guris
''Puasa konon, tah ikhlas tah tak tu?''
Bagi kawan-kawan yang ada habit macam ni, tanya kepada diri sendiri serta nawaitu kita terlebih dahulu, mengapakah kita berpuasa? Masih mahukah kita menimbul-nimbulkan permusuhan serta syak wasangka dalam keadaan kita benar-benar yakin yang kita ini sedang berpuasa? Oleh itu, ikhlas kah puasa dengan kata-kata yang dilontarkan itu?
Puasa di bulan Ramadhan ini wajib, rela atau terpaksa ia tetap wajib kita kerjakan. Tanpa konpromi, baik miskin, kaya, soleh, jahil atau sesiapa pun asalkan masih mahu beragama Islam, wajib mengerjakannya. Cuma, orang yang tidak waras sahaja yang tidak perlu puasa.
Oleh yang demikian, perkara wajib seperti ini tidak sepatutnya dipersoalkan kerana ikhlas amal ibadah itu hanya Allah yang layak menimbang. Lebih elok rasanya kita dekati individu yang disangsikan itu, lalu sedikit demi sedikit kita bimbing supaya dia merasakan kelazatan ibadah.
Daripada kita guris lebih baik kita tampal, lukis serta warnakan.

Isnin, 23 Julai 2012
Ramadhan 2012 Day 3 - Ya Rabbi
Ya Rabbi,
Aku bermohon kepada Mu,
Teguhkan lah iman ku,
Kuatkan asa ku,
Jangan Kau biarkan aku berpaling
serta melupakan Mu namun
Engkau biarkanlah rindu ini hanya untuk Mu,
Ya Rabbi,
Aku tidak tahu berapa panjang lagi usia ku,
Dikala mana hayat ku akan terhenti,
Sungguh hanya Engkau yang tahu,
Jangan tinggalkan ku sendiri
di dalam kesamaran ini
mencari cahaya kesinaran kasih Mu,
Ya Rabbi,
Aku tahu keberadaan kasih Mu itu
Aku sedar hidayah Mu itu sudah terbentang untuk ku
Maka aku tahu dan sedar akan kelalaianku ini
Leraikanlah kemendungan langit ku ini,
Debu hitam yang menyamari penglihatan ku,
Agar aku tidak tersalah arah lagi,
Hingga tidak lagi ku tersasar dari jalan Mu,
Ya Rabbi,
Aku yakin Engkau mengetahui lebih dari aku,
Akan apa yang terbaik untuk ku,
Penawar buat titik hitam yang meliputi hatiku,
Dekatkanlah penawar itu kepada aku ya Tuhan,
atau Engkau ubati saja lah ia,
Kemudian terang mata ku melihat keperkasaan Mu,
Sehingga akhir nanti,
Aku lebih bahagia lagi berbanding hari ini,
Bersama dengan Mu.
Aameen.
Ahad, 22 Julai 2012
Ramadhan 2012 Day 2 - Surat Kecil Untuk Tuhan
Terberos lagi hari ini yang merupakan hari kedua Ramadhan 1433h. Mana tak nya, malam tadi melepak di kedai mamak hingga pukul 3 pagi bersama teman-teman sejurus tiba di rumah aku serta merta menghidupkan laptop untuk online. Dipendekkan cerita lepas Subuh baru tidur. Kira-kira pukul 3 petang aku terjaga hari ini.
Masuk hari kedua ni, cabaran untuk aku sama juga seperti semalam, hanya termenung di depan laptop, adik aku kata laptop ni dah melekat kat muka aku, hahaha. Tapi hari ini aku layan cerita sedih, movie Indonesia yang diadaptasi dari novel best-seller serta berdasarkan kisah benar kehidupan Gita Sesa Wanda yang merupakan pesakit kanser Rhabdomyosarkoma yang pertama di Indonesia.
Surat Kecil Untuk Tuhan. Judulnya sudah memberikan aku rasa tragis nya drama yang berunsur biografi ini. Gita Sesa Wanda Cantika atau nama timangannya Keke, selalu memikirkan adakah dirinya akan dikenang oleh keluarga dan teman-teman selepas dia mengenang jasa-jasa tokoh dunia yang dikenalinya dari minat beliau kepada pelajaran sejarah serta mengakui Muhammad s.a.w ialah rahmat bagi sekalian alam. Ya, Keke juga ingin dikenang dalam lipatan sejarah.
Dan sekarang, Keke memang sedang dikenang dalam catatan ini, dinovelkan, difilemkan sudah cukup untuk mengenang kisah hidupnya yang tegar. Begitu juga akan kecekalan ayahnya yang berhempas pulas mencari ikhtiar untuk menyembuhkan anak perempuan satu-satunya itu. Keke juga pelajar pintar dan disayangi guru dan semua teman-temannya manakala orang tuanya pula sudah berpisah dan gadis tabah ini tinggal dengan ayahnya bersama 2 orang abang nya. Walaupun, ibu bapanya bercerai tetapi mereka tetap menyayangi Keke dan beliau sangat beruntung kerana hidup di dalam keluarga yang berada.
Jujur, aku terkesan dengan drama ini. Pada mula, semua nampak okay sehingga gadis cantik ini menghidap kanser sehingga muka nya bengkak sebelah kiri. Beliau terpaksa menjalani serangkaian kemoterapi dan radiasi yang menyeksakan sehingga rambut nya gugur dan muntah-muntah tetapi bengkak di pipi nya semakin susut lalu doktor pakar menyatakan ketekunan ibu bapa Keke berjaya membuahkan hasil dan Keke menjalani aktiviti nya seperti biasa.
Tak disangka, setahun kemudian, kanser tersebut merebak semula malah teruk dan mematikan. Banyak scene yang buat aku merasa sangat terharu tadi, nak nangis, tapi adik aku ada kat sebelah aku ni nonton sekali. Spoil. haha Tapi aku tetap feeling.
Kalau berani tontonlah, kat Youtube.
Gita Sesa Wanda Cantika bersama teman baiknya.
(kisah nyata)
Tuhan,
Andai aku bisa kembali,
Aku tidak ingin ada lagi,
Hal yang sama terjadi padaku,
Terjadi pada sesiapa pun
Tuhan,
Berikanlah aku kekuatan,
Untuk menjadi dewasa,
Agar aku bisa memberikan arti hidupku,
kepada sesiapa pun yang mengenalku,
Tuhan,
Surat kecilku ini,
Adalah surat terakhir dalam hidupku,
andai aku bisa kembali ke dunia yang Kau berikan padaku.
-surat kecil untuk Tuhan.
Sabtu, 21 Julai 2012
Ramadhan 2012 Day 1 - Malas
Hari pertama puasa di bulan Ramadhan, selepas makan sahur tadi pagi aku terus menyedut 2 batang rokok sementara menunggu azan subuh. Selepas subuh, aku sambung tidur dan terjaga kira-kira pukul 2 petang dan kelihatan ayah aku masih tidur. Tetapi tidak lama selepas itu, ayah aku pun terjaga dan beliau terus ke bilik air untuk serta menunaikan solat fardhu Zuhur sejurus selepas itu. Memang agak lewat aku bangun hari ini, hukum kata makruh tapi dah terberos nak buat macam mana kan.
3 jam menjelang waktu berbuka, kesan menahan nafsu hampir tiba di kemuncak, malah terbau-bau pula masakan jiran sebelah rumah aku ni yang berbangsa cina. Tapi aku tetap wajib bertahan sebab akal aku masih waras untuk tumbang kerana bau-bauan itu. Namun, setakat ini aku masih bisa bertahan walau perut sudah meminta-minta.
Untuk waktu ini, kekuatan kita bukan lagi kepada makanan dan minuman tetapi apa yang menjadi kekuatan sedang berpuasa ialah kepercayaan kepada Allah. Tak perlu nak tunjuk kepada masyarakat yang kita sudah lemah dan longlai disebabkan berpuasa. Aku teringat semasa menyertai sebuah seminar motivasi yang diadakan dalam bulan Ramadhan semasa tahun SPM dahulu. Pelajar semuanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda penat manakala motivator yang berbangsa India meminta kami untuk membuat sesuatu aktiviti yang telah diaturkan tetapi kami sudah mulai penat lalu salah seorang pelajar melayu melaungkan ''Puasa!!''.
Serta-merta motivator menjawab, ''saya tahu kamu semua berpuasa, tetapi kamu tak perlu menunjuk-nunjuk kemalasan itu kepada saya kerana itu bukan puasa tapi malas''.
Jangan sesekali kata tak larat kerana berpuasa, malu lah kepada sahabat yang berperang di Badar 1400 tahun dahulu di tengah-tengah kepanasan dan kehangatan padang pasir lalu berdepan dengan tentera musyrikin yang lebih ramai. Kerana percaya mereka kepada Allah, mudah saja musuh dikalahkan sehingga terbunuhnya Abu Jahal. Peperangan tersebut berlaku dalam bulan Ramadhan dan tentera Islam berpuasa semuanya.
Jadi, jangan jadi malas di bulan yang penuh mulia ini kerana Allah suka hambanya yang rajin dan sabar.
Senang cerita, jangan salahkan puasa.

Ramadhan 2012 Day 1 -Pembuka
Seperti Ramadhan tahun lalu, aku akan menulis catatan bersempena bulan penuh kemuliaan di siang dan malamnya ini. Sekarang sudah hampir pukul 3 pagi dan beberapa jam lagi kita akan mula berpuasa sedang sebelum fajar menjelma kita perlu bersahur seperti yang dituntut oleh Rasullullah s.a.w. agar kita bersahur walau sebiji kurma sekalipun dan seelok-eloknya di akhir malam iaitu semasa waktu yang hampir dengan terbitnya fajar.
Baiklah, sepanjang puasa ini aku akan mencatat lagi tentang pemikiran masyarakat di sekeliling aku sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak ini. Ya, seperti biasalahkan.
Semoga kita bersama-sama memperbaiki antara satu sama lain.
Selamat Berpuasa. Jangan lupa niat.

Jumaat, 20 Julai 2012
Ramadhan Countdown - Selamat Berpuasa!
Itu dia 1 Ramadhan sudah tiba menandakan setiap umat Islam yang sudah akil baligh dan waras wajib berpuasa. Sebentar lagi, kita akan menuaikan solat fardhu Maghrib dan kemudiannya kita bersama berjemaah mengerjakan solat sunat Taraweh. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan penuh dengan ibadah.
Kita bakal berpuasa selama sebulan bermula esok hari kala terbit fajar dan berbuka puasa ketika matahari terbenam.
Selamat berpuasa!
Kita bakal berpuasa selama sebulan bermula esok hari kala terbit fajar dan berbuka puasa ketika matahari terbenam.
Selamat berpuasa!
Khamis, 19 Julai 2012
Ramadhan Countdown-3 (Langit dan Bumi)
Hari ini Khamis 29 Syaaban 1433h, Maghrib nanti maka ada lagi 1 hari sebelum datangnya Ramadhan. Ketika menaip catatan ini, cuaca agak dingin kerana hujan renyai-renyai sedikit turun walhal langit masih kelihatan cerah. Tiba-tiba abah menjelaskan cuaca begini memang sering berlaku menjelang pertukaran bulan Islam apabila bulan mula berselisih dengan matahari. Kata beliau lagi, kalau nak tengok anak bulan sekarang ini memang tak nampak kerana langit ketika ini kelihatan mendung berpunca daripada fenomena tersebut. Lebih kurang begitulah keterangan abah yang sebenarnya setiap tahun menjelang Ramadhan abah akan bercerita tentang ilmu falak sehingga menjadi rutin kepada adik aku melihat bulan penuh setiap 15 haribulan dalam kalendar hijrah. Abah memang meminati ilmu falak dan kini nampak seperti minatnya itu mula mempengaruhi adik aku yang mula menunjukkan minat terhadap bidang ini.
Kemudian, aku terfikir akan ciptaan Allah di langit seperti bulan, matahari dan semua bintang-bintang sebenarnya mempengaruhi ekosistem dan bencana yang berlaku di bumi. Allah menciptakan segala yang di langit dan di bumi itu bergantung antara satu sama lain menjadikan apa yang berlaku di sekeliling kita sangat logik dan saintifik. Jika berlaku gerhana matahari atau bulan pasti akan diadakan solat sunat gerhana bagi memohon dijauhkan dari bencana, begitu juga agama lain ada cara mereka tersendiri selain menganggap sesuatu yang sial akan tiba. Seperti fenomena pasang surut yang dipengaruhi bulan begitu jugalah bintang-bintang lain turut mempengaruhi apa yang berlaku di bumi maka cukup bagi kita dengan meyakini bahawa Allah itu maha pencipta serta percaya kepada qada dan qadar maka dengan ini kita bisa memahami tentang apa yang dikatakan sebagai hikmah. Oleh itu, Allah menyuruh kita untuk belajar akan segala yang ada di langit dan di bumi supaya kita tahu akan kebenaran dan mengakui Allah itu maha bijaksana.
Bagaimana kita boleh menyangkal semua ini dicipta oleh Allah sedang Dia sendiri menuntut hambaNya supaya belajar serta membongkar misteri-misteri kejadian dan itu tandanya Allah tidak sesekali ingin membutakan mata kita melainkan kita sendiri yang membutakan mata kita sendiri dengan tidak mahu belajar. Sebahagian dari kita sering mempersendakan kepercayaan agama lain yang dianggap tahyul tetapi kita tidak pernah berfikir kenapa agama ini benar dan kenapa kepercayaan itu perlu ditertawakan sedang Allah itu meliputi keseluruhan langit, tanah, angin, cahaya, tumbuh-tumbuhan dan manusia jadi memang apa yang kepercayaan tersebut rasakan sebenarnya Allah tetapi mereka tidak mendapat kebenaran dan akidah seperti kita. Oleh itu, bersyukurlah dengan rahmat yang Allah berikan kepada kita ini iaitu sebuah agama yang benar. Begitu juga dengan golongan atheis yang menolak kewujudan Tuhan dalam kejadian alam, mereka juga buntu apabila tiada penglibatan Tuhan dalam setiap kejadian maka kita perlu bersyukur kerana kita sudah tahu lama akan jawapan kepada setiap kejadian itu.
Iaitu ''La illa ha illallah'' -tiada tuhan selain Allah-

Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)