Sabtu, 19 Jun 2010

novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan antara karya tulisan tokoh pendakwah yg pling disegani di rantau Nusantara iaitu Hj Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau lebih dkenali sebagai HAMKA.
  Novel ini mula dihasilkan sewaktu beliau masih berusia 31 tahun(1938).Pada mulanya HAMKA hanya mengarang cerita ni di dalam majalah miliknya pada masa itu secara bersiri dan atas sambutan yg baik oleh pembaca, karya ini diterbitkan menjadi buku.Hanya tidak beberapa lama ia diterbitkan menjadi buku,novel ini telah habis dijual dan permintaan yang tidak henti-henti. Ramai pemuda yg berkata....
                            ''Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri''
                     ''barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan"........."


sinopsis;

    Zainuddin teragak untuk pulang ke tanah airnya di Batipuh,Padang Panjang(Sumatera Barat) sesudah kematian ayahandanya Pandekar Sutan yg hidup dalam buangan di Makassar setelah berlaku pertelingkahan dengan ''mamak'' ayahnya Datuk Mantari Labih. Setelah tiba di Batipuh, Zainuddin bertemu dgn seorang anak gadis iaitu Hayati..di situlah bermulanya perjalanan cerita yg menyentuh hati ini....










biografi HAMKA:

      HAMKA lahir pada 17 Feb 1908 di Maninjau,Sumatera barat dan meninggal dunia pada 24 julai 1981 di Jakarta.Namanya Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah.Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di Rantau Nusantara , juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan,penulisan kreatif dan prolifik ,seorang pujannga dan ahli falsafah Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan