Ada seorang teman yang perangainya amat teruk dan juga menyakitkan hati anda. Lalu anda berkata ''bilalah si folan itu hendak berubah? naik sakit hati aku tengok.'' Apakah pendapat anda tentang ''sakit hati'' atau ''hilang sabar''? Adakah itu merupakan alasan untuk kita memburukkan si folan yang ternyata sudah buruk sikapnya? Siapakah yang perlu berubah? Apakah yang perlu diubah?
''budak ni memang menguji kesabaran aku''. Itulah persepsi yang salah dalam masyarakat kita tentang 'perubahan' dan 'sabar'. Kita perlu ingat bahawa seseorang itu tidak akan dirubah melainkan orang itu mahu mengubah dirinya sendiri. Jadi sebenarnya diri kita sendiri yang perlu diubah sebenarnya apabila seseorang itu melakukan perkara yang menguji kesabaran kita, yang sebenarnya Allah yang menguji kesabaran hambanya. Ia bertujuan untuk menguji kita berkenaan langkah yang akan kita pilih bagi mengatasi masalah tersebut sama ada kita menasihat,berdiam,mengata atau berdoa.
Jadi kitalah yang perlu berubah jika perkataan kita masih mengumpat dan merungut terhadap tuhan. Pemikiran perlu diubah oleh kita sendiri daripada terus menyangka buruk dan selalu fokus pada masalah tersebut tanpa mencari jalan penyelesaian. Hati juga perlu diubah supaya tabah dan sabar selain mempunyai sifat perikemanusiaan dan budi pekerti yang baik.
''ubah dunia anda sebelum anda hendak mengubah dunia''
Rabu, 23 Februari 2011
Rabu, 16 Februari 2011
Anologi Roller Coaster
Siapa pernah menikmati kehebatan menaiki 'roller coaster' sebuah kereta api laju yang meluncur di atas landasan yang berliku-liku dan menakutkan?Semua pasti mengakui keseronokan 'roller coaster' kerana kelajuan dan landasan yang penuh cabaran itu sehingga ia menjadi salah satu tumpuan besar di mana-mana taman tema di seluruh dunia selain 'roda ferris'. Di negara ini , 'roller coaster' boleh didapati di Genting Highland yang digelar kota keriangan.
Begitu juga dengan hidup ini yang penuh dugaan dan cabaran. Bayangkan jika 'roller coaster' tersebut meluncur perlahan di atas landasan yang lurus tanpa hujung? Pasti ramai yang bosan dan menganggap ia sesuatu yang merugikan. Itulah hidup yang selalu diuji dengan pelbagai duka supaya hidup seseorang itu lebih bermakna dan berarah tuju kerana itulah keseronokan hidup.
Permainan yang menguji mental tersebut disediakan 'safety belt' supaya tiada kemalangan ngeri berlaku dan aku jamin tiada yang akan membuka 'safety belt' tersebut sebelum tren berhenti di terminal walaubagaimana ngeri sekalipun liku-liku landasan kerana jika di buka pasti mati dalam keadaan 'karingeri'. Itulah 'sabar' yang sebenarnya merupakan keselamatan dalam hidup atau ubat bagi segala dugaan.
Dugaan bukan hanya datang semasa susah akan tetapi kejayaan dunia juga merupakan suatu dugaan malah lebih berat dari kecelakaan. Jika seseorang itu berjaya menjadi jutawan setelah bersusah payah selama bertahun-tahun maka dugaan pada nya akan menjadi lebih berat dan sangat berat kerana jika tiada sabar dalam batang tubuhnya maka dia akan mula lupa diri, takbur dan mula menindas. Jika ketiga-tiga anasir buruk itu menjadi dirinya pasti suatu masa masyarakat akan mula membenci dan menjauhkan diri maka tiada lagi penasihat dan penegur yang merupakan keluarga,guru atau rakan dan segala kejayaan nnya itu akan musnah sama sekali. Begitulah hidup yang penuh dugaan yang merupakan ujian bagi manusia sehingga tiba 'hari penentuan'
'Sabar aku ada batasnya' itulah adalah mitos-mitos yang hadir dari sangkaan buruk,egois,dendam dan kebodohan. Kenapa perlu mengehadkan kesabaran jika kita tahu kita boleh bersabar. Bersyukurlah jika kita yang ditindas, dimaki dan ditikam kerana lebih buruk lagi jika kita yang menindas,memaki dan menikam orang lain. Tidakkah kita yang akan dibenci selepas itu?
Redha dengan qada' dan qadar itu sangat luas datangnya. Jika kita ditakdirkan hari bahawa kita akan dimaki maka tidak perlulah kita melawan takdir tersebut menjadi sebuah pertengkaran. Oleh itu,tangguhkan pembalasan kita kerana Allah yang berhak membalas.Takdir sudah tertulis untuk kita jika buruk datang nya maka buruk lah ia,jika baik datangnya baik lah ia. Tidak sesekali tidak takdir itu boleh diubah manusia kecuali do'a dan jika ia tetap juga begitu maka bersyukurlah hikmah yang datang selepas itu lebih hebat kerana Allah tahu apa yang direncanakanNya dan rencana Allah lebih hebat dari rencana yang dibuat manusia. Jika manusia itu menipu, maka Allah lebih hebat menipu namun, Allah yang Maha Genius tidak sesekali akan memungkiri janji.
*inspirasi dari surah At Tariq

Selasa, 15 Februari 2011
Maulid Rasul
Muhammad s.a.w, seorang lelaki arab bani Quraisy yang dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kekufuran dan kemusyrikan . Masyarakat arab pada masa itu digelar 'Jahillilliah' iaitu gelaran bagi masyarakat yang penuh kesesatan dan kegelapan waktu itu apabila segala kejahilan dilakukan seperti membunuh bayi perempuan baru lahir, semangat 'asobiyah' atau kesukuan yang terlampau,penipuan dalam perniagaan,penindasan terhadap wanita dan golongan bawahan dan sebagai nya.
Itulah Makkah sebelum ketibaan cahaya dan rahmat bagi sekalian alam,,Rasullullah
Sirah hidupnya menjadi pedoman dan pengajaran yang cukup kental untuk menjadi seorang manusia yang sabar,tabah,menghormati,menghargai ,tidak menghakimi ,jujur dan kasih sayang dari sudut pandang yang amat mendalam.
Akhlak nya menjadi contoh terbaik bagi sekalian manusia supaya disenangi oleh Allah dan sekalian makhluk ciptaan-Nya. Baginda digelar Al A'min oleh masyarakat dikalangan penduduk Makkah kerana akhlak nya yang terpuji itu dan baginda tidak pernah berkata dusta sejak kecil.
Baginda seorang yang mempunyai Budi Pekerti nya amat tinggi dan tidak mampu ditandingi sesiapa sehingga kini dan baginda amat disenangi oleh semua golongan sehingga lah dakwah secara terbuka di mulakan.
Namun,usaha baginda yang memimpin para sahabat dan seluruh umat Islam pada masa itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikerjakan. Baginda menghadapi pelbagai dugaan dengan sabar dan dugaan tersebut amatlah berat tetapi begitulah gigih nya Rasullullah yang mahukan kota kelahirannya dan seluruh umatnya menjadi sejahtera dan penuh keredhaan......
..kini...
Makkah ... sudah berubah..memang tidak mampu untuk digambarkan bagaimana masyarakat pada waktu itu amat jahil dan sesat ...kini...Makkah sebuah Kota Suci yang penuh penyucian jiwa,,sebuah kota yang aku impikan untuk menjenguknya,,sebuah kota yang penuh dengan keimanan dan ketaqwaan....
dan kita sebagai seorang muslim perlu bersyukur kerana ajaran yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad s.a.w beratus-ratus kilometer dari arah kiblat itu boleh tersebar ke tanah kita ini dan diterima oleh pembesar-pembesar dahulu.
Selawat ke atas Rosul...dan..kenalilah lelaki ini Muhammad sedalam-dalamnya..kerana kitalah ''umati'' yang disebut oleh baginda sebelum wafat dan baginda dilontar dengan batu sehingga cedera oleh bapa saudaranya sendiri kerana...
kita
Rabu, 9 Februari 2011
Tahu dari Buntu
Sewaktu aku sakit menahan sakit,
Semasa aku jatuh menahan jatuh,
Sebelum aku hanyut dalam hanyut,
Akhirnya, aku tahu dari buntu,
Teringat pesan-pesan daripada langit,
Daripada Sang Maha Pencipta langit ,
Yang disangka buruk itulah yang mungkin selalu nya mendatangkan kebaikan,
Yang disangka baik itulah selalunya mungkin mendatangkan keburukan,,
Sebelum terang ,pasti gelap.,
Selepas gelap,pasti cerah..
Masihkah payah manusia itu bersabar??
Sedangkan kemudahan memang selalu ada kesukaran,,
Namun ,kesukaran yang selalu datangnya sebelum kemudahan..
Apakah memang senang dahulu lebih bahagia jika susah selepas itu?
Sedangkan hanya perlu bersabar untuk susah sehingga senang itu tiba selamanya..
selamanya,,

Isnin, 7 Februari 2011
Akal ,nafsu dan nikmat
Pangkat,harta,taraf,nama dan segala yang berunsur kelebihan duniawi memang tidak dinafikan menjadi sesuatu yang dikejar oleh ramai insan tidak kira dari apa golongan sekalipun ketika hidup masih bernyawa.
Tidak banyak,walaupun sedikit perkara duniawi itu pasti dikejar oleh semua kerana itu sememangnya nikmat yang telah disediakan Yang Maha Kuasa dan perlu dinikmati oleh sekalian makhluk.
Kita dikurniakan deria rasa,penglihatan dan pendengaran . Nafsu juga dilengkapkan ke dalam anggota tubuh kita supaya mempunyai keinginan dan kehendak .
Maka sudah tentulah kita berhak untuk merasakan,melihat,mendengar semua nikmat yang disediakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini atau seluruh alam semesta.
Namun, kita semua tahu segala kurniaan,ciptaan dan sebagainya bersifat bertimbal balik seperti menebang pokok. Jika pokok ditetak dari kiri,kanan juga perlu ditetak supaya tak menimpa si penebang . Begitu juga nikmat-nikmat itu boleh dinikmati semuanya tetapi kita punya satu kurniaan yang membezakan manusia dengan makhluk lain iaitu akal untuk kita berfikir. Maksudnya,kita boleh makan dan minum tetapi bayangkan jika kita makan dan minum melampau-melampau mengikut kehendak nafsu, menikmati kenikmatan merasa tanpa berfikir akan padah apabila perut diisi berlebih-lebihan pada satu masa.
Nikmat berfikir juga jika digunakan berlebihan tetap akan mendatangkan keburukan seperti timbulnya sangkaan buruk, fitnah, dusta dan sebagainya di dalam fikiran orang yang berfikir itu.
Pangkat,harta atau lebih mudah dikenali dengan istilah materialism tidak salah untuk dikehendaki tetapi apakah punca perikemanusiaan dalam kehidupan seseorang itu hilang?
Mengejar pangkat ialah bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan tahap kepercayaan majikan ,ia adalah sesuatu yang normal tetapi jika pangkat itu dikejar dengan keadaan berlumba-lumba ,ia digelar saingan dan juga normal.
Namun, bayangkan jika nafsu menguasai akal maka kehendak dan keinginan mempengaruhi fikiran . Maka terjadilah yang normal itu berlebih-lebihan .
Itu lah punca-punca pengkhianatan,gila kuasa, peperangan,pertumpahan darah, hasad dengki dan fitnah.
Penawar bagi melupuskan segala penyakit ini ialah sabar dan tabah. Ia mampu untuk mengelakkan akal diracuni oleh nafsu yang berlebih-lebihan.
''live in this world if only for the pursuit of material things like money and property without remembrance of Him. life does not mean at all and very detrimental.''

Jumaat, 4 Februari 2011
What did I do Today? by Dawud Wharnsby Ali
what did i do today??
oh the moon has come,
the day is done,
the night has covered up the sun..
Did Iremember
the word of Al-Fatiha?
Did I take time
to thank you for all that I have?
Did I call on You
to guide my way?
tell me what did I do today.
Selasa, 25 Januari 2011
Bangga Diri
Semua sedia tahu bahawa Dajjal l.a akan mengaku sebagai Allah s.a.w suatu hari nanti seperti firaun semasa Nabi Musa a.s dahulu. Sudah pastilah ia akan mempromosikan pelbagai kesenangan dunia kepada setiap insan yang bakal tumpas kepada Dajjal tersebut di akhir zaman kelak. Tujuan ia melakukan demikian sudah pastilah untuk menarik kepercayaan umat pada waktu itu supaya ia bisa menguasai dunia ini lalu melemahkan iman orang-orang Muslim.
Setiap muka surat di dalam Al Quran ,Allah s.w.t sentiasa mengingatkan hambaNya supaya mengingati Allah s.w.t kerana Dia lah yang telah memberikan rezki,berkat,rahmat dan pelbagai lagi keterangan yang membesarkan kemuliaan Allah...Oleh sebab itu ,hambaNya tidak sesekali boleh membangga diri seperti Allah kerana jika istilah membesarkan diri itu digunakan pada manusia ia bertukar menjadi makna yang amat buruk kerana Allah saja yang boleh membesar2kan diri dan manusia tidak boleh membesar2kan diri.
Kini ramai dajjal mengaku tuhan telah lahir tanpa kita sedari sebenarnya. Terutamanya kepada mereka yang inginkan kuasa sering menghebahkan kebaikan duniawi yang dilakukannya kepada orang ramai. Ada juga hari ini yang mengaku bahawa beliau lah yang memberikan kesenangan ,kebahagiaan,kesejahteraan dan sebagainya kepada pendengar sedangkan segalanya itu adalah pemberian daripada Tuhan. Pendengar yang lemah dengan ujian dunia akan tumpas menyokong mereka yang gila kuasa sedangkan itulah golongan yang mempunyai sifat dajjal ''lakhnattullah''. Itu bukti ramai yang masih lemah .
Jadi kita ni janganlah pernah sekalipun untuk membesar2kan diri walaupun apa yang dilakukan itu sebesar gunung baik nya..bersabarlah supaya Allah akan mengurniakan rezki yang berlipat kali ganda.
Kesimpulannya ,tidak kira apa taraf sekalipun manusia itu,,bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita ini dan usah bermimpi untuk'' memetik bintang di langit'' sedangkan kita tidak mampu ''mengira butiran pasir di pantai.'' .''Berbuatlah baik sehingga tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan''

Isnin, 24 Januari 2011
Minority Trace Community
Dari segi makna pecahan bagi setiap perkataan, MINORITY bermakna golongan kecil dan TRACE bermakna mengesan atau menjejak.
Jadi gabungan mengikut makna kamus adalah seperti Mengesan Golongan Kecil.. Itu juga menjadi tujuan utama nama Minority Trace Comunity dipilih..
Golongan atau kumpulan kecil, menjejaki kumpulan kecil lain atas dasar sama-sama membantu antara satu sama lain tanpa membeza-bezakan taraf hidup, umur dan sebagainya. Namun masih bertapak diatas dasar rasa hormat antara satu sama lain, diatas kebolehan dan kelebihan masing-masing.
Minority Trace Community juga bermula dengan pertubuhan satu semangat yang besar dari golongan yang kecil bagi bertujuan menjulangkan nama dan menyemarakkan minat terhadap scene bawa tanah.. Minority Trace Comunity ingin bukti kan bahawa golongan kecil ini bukan untuk dipandang sebelah mata, bahkan Minority Trace Community sentiasa membuka peluang serta membantu pada yang benar bersemangat untuk turut sama perjuangkan scene bawah tanah..
(suara jendela)
Berikut adalah makna dan maksud pada nama yang dicadangkan oleh sahabat dalam komuniti d.i.y iaitu Pidut Sermonize(suara jendela) . Nama ini mempunyai makna yang cukup lengkap sebenarnya untuk difahami kerana daripada nama yang mempunyai istilah yang amat ringkas ini dan mudah disebut namun makna ,tujuan serta prinsip di dalam nya sangat mudah dikesan . Itulah alasan aku bersetuju tentang cadangan yang dikelola oleh sahabat ini.
Setakat ini masih belum ada bantahan dari setiap rakan-rakan lain yang mendengar cadangan ini. Namun ,idea-idea lain masih lagi dinanti dan masih lagi terbuka .
Beberapa sahabat telah pun mengemukakan cadangan baru-baru ini iaitu ''Straigth a Head'' dan Angkatan Muda D.I.Y..dan ia akan dibentangkan lalu diputuskan pada 29 Januari ini secara undian.

Khamis, 20 Januari 2011
Kerusi si Sampah 2
Sehingga melutut si pemimpi menuntut janji,
pengemis pula dianggap si sampah,,
sedang mimpi dulu masih hak mereka,,
kerusi semakin lama semakin murah,,
sehingga ia semakin berbau sampah..
......
datang si pejuang-pejuang radikal
namun mereka pula dianggap anjing
sebenarnya si sampah memang takut pada anjing
sehingga lah yang difitnah anjing itu dianggap anjing gila..
maka ramailah gundik-gundik dan pengipas membaling batu demi sisa si sampah...
dan si pemimpi terus melutut sugul..

Sabtu, 15 Januari 2011
sekitar hari ini
Aku telah pun membina sebuah blog baru di http://onehandtyper-sekitarhariini.blogspot.com/
Langgan:
Ulasan (Atom)