Hmm.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan , tahun juga pastilah berganti dengan tahun yang baru dan tidak terhenti waktu-waktu sehinggalah waktu hidup kita yang akan berhenti . Namun , waktu tidak akan pernah berhenti walaupun jasad sudah dikandung tanah kerana jiwa-jiwa akan tetap melalui waktu-waktu yang telah dijanjikan sejak awal kehidupannya. Begitulah juga akan aku, waktu-waktu tetap berubah dan berubah walaupun zaman masih tetap sama tapi pendirian insan-insan pula yang mengubah masa sedang aku masih tetap sama seperti dahulu.
Hmm.
Seperti kebiasaan , aku seorang remaja lelaki yang baru memasuki 20-an . Bila umur ini datang , aku sendiri tiba-tiba mendapat suatu perasaan berupa keinginan atau nafsu yang boleh menjangkau tahap 'serakah'. Maaf jika anggapan anda tulisan kali ini agak kotor atau kurang senonoh . Lagipun inilah yang dinamakan ''cerita personal yang boleh dikongsi''. Aku cerita ni bukan apa , sebenarnya aku masih belum ada waktu lagi dan belum pun terfikir untuk mencari seorang teman wanita atas sebab serik dahulu yang masih belum padam walaupun apa benda jelik yang terdapat pada ayat-ayat di atas tadi cuba menolak-nolak belakang aku supaya menuruti kehendak tersebut.
Hmm.
Akan tetapi ,separuh perasaan itu tetap ada juga dalam kehendak dan keinginan ku . Oleh kerana itu, kesunyian sudah mula terasa sedikit apatah lagi bila melihat kawan-kawan yang angkuh bersama teman-teman wanita mereka . Rasa iri hati tetap ada mengganggu , membisik-bisik menyuruh aku untuk mencari. Apalah usaha yang boleh aku lakukan untuk itu ? Waktu dan Keadaan aku masih belum mampu untuk aku mengusahakan itu kerana aku sudah pun berputus asa apabila dahulu pernah ''kawan menjadi lawan''..
Hmm.
Maka lebih baik aku lupakan .
Biarlah keadaan yang membantu .
Sebelum aku termakan .
Biarlah perhatian ku pada waktu .
Isnin, 20 Jun 2011
Nah! Rasakan!
Nah! Cakap orang lagi!
Sabtu lalu barulah aku rasakan bagaimana sebenarnya susah menjadi pengacara atau 'emcee' yang sebelum ini selalu menjadi masalah apabila 'emcee' dilantik dari kalangan komuniti kawan-kawan . 'Psyco' di buatnya sehingga tergagap-gagap dan kembung kempis dada ini kerana menahan gementar apabila pertama kali aku melakukan tugas tersebut. Akan tetapi, mujurlah Jeneral Myhem, Rangga ,Awe dan sahabat-sahabat lain turut memberi semangat asalkan tiada perkara tidak diingini berlaku sehingga aku sedikit demi sedkit mampu mengawal perasaan gerun tersebut sehingga slot yang terakhir untuk band yang tour ke Tampin iaitu TOOL OF THE TRADE bagi meriliskan rilisan terbaru mereka aku serahkan mikrofon kepada Jeneral Myhem bagi membuat pengumuman supaya mood crowd lagi bertambah kuat dan ia agak berjaya.
Fuhh!
Tapi best juga jadi 'emcee' , kena belajar ni...

Selasa, 14 Jun 2011
Putus Asa
Malam di selatan semenanjung ketika ini agak hangat,kipas yang berputar sudah semakin lelah nampaknya kerana kehangatan itu masih terasa sehingga peluh menitis satu demi satu. Oleh kerana itu, mata ini masih belum mampu lelap...Sebenarnya apa yang engkau tampungkan wahai hati sehingga melibatkan akal fikiran yang inginkan rehat?
Mungkin rasa itu telah tiba lagi, iaitu rasa yang pernah aku rasakan dulu semasa bunga yang layu tiba-tiba mekar dan bila ingin ku petik ia telah hilang diragut orang..Rasa yang dulu semasa kecerahan tiba-tiba terpancar di suatu tempat yang gelap gelita sekian lama lalu apabila penghuninya mula melakukan kerja-kerja, kecerahan itu terpadam kembali tiba-tiba..Adakah perasaan getir itu yang kau tampung lagi wahai hati?
Jika itulah yang engkau tampungkan , berat nampaknya sehingga fikiran ini kau libatkan maka kau lepaskanlah apa yang kau tampung itu.. Aku akui untuk berputus asa memikirkannya kerana tiadalah mampu bagi aku lagi untuk memetik lagi bunga-bunga yang mekar dari layu kerana tindakan ku selalu lewat, tiadalah mampu lagi bagiku untuk menanti kecerahan dalam gelap gelita seperti dahulu kerana itu adalah angan-angan yang sia-sia untuk aku....

Ahad, 12 Jun 2011
Kerusi Si Sampah..the end..
...Masih belum tergamam si penguasa kotor yang masih merasa dirinya memanggang makanan dengan matahari. Adapun kecelaannya sudah mula menjadi kudis namun masih lagi dia angkuh bagi menutup kudis-kudis yang hampir bernanah.. Tanah-tanah perlupusan sudah mula sedia menerima sampah seterusnya untuk dibakar,ditanam atau dikitar semula tetapi masih angkuh si sampah itu mengaku durjana sedang bumi nya sedang menelannya sedikit demi sedikit dan hampir tiba masa untuk karam semua pemilikannya dan tetapi dia masih mahu kudis itu bernanah..
..Adakah perjuangan yang dia lakukan? Apakah punca dia masih meninggi diri sedang tiada lah terlihat akan tangannya melakukan apapun? Matlamat apapun yang dia bicarakan dahulu yang pastinya semuanya telah gelap kerana dialah yang dulu mensia-siakan kecerahan itu hanya kerana kegilaannya mengutip peluh-peluh si gundik dan pengipas yang kini menutup hidung kerana bau busuk dari si sampah.
...Kudis sudah pun bernanah dan telah pun membesar bengkaknya hanya menunggu masa untuk meletup sendiri walaupun mengambil masa yang lama ,biarlah nanah itu meletup sendiri daripada diletupkan..kerana barulah dia akan sedar,,tiada yang abadi di dunia..

Khamis, 19 Mei 2011
Kerja
Bila mahu ceritakan tentang topik ini,terfikir juga akan topik yang tidak layak bagi aku perhebahkan. Tetapi sudah terbiasa aku sebagai pemerhati kepada suara-suara,perbuatan,keputusan atau apa lagi sehingga ia merupakan sesuatu topik yang menjadi hangat dalam fikiran aku lalu aku suarakan dalam blog yang kurang konsisten ini.
Kali ini aku ingin bercerita tentang kerja bagi pemahaman ataupun konsep yang aku rasa lebih tepat supaya timbulnya rasa ikhlas bagi seseorang yang melakukan kerja berdasarkan arahan.
Perkara ini telah dijelaskan oleh JeneralMyhem suatu masa sebelum ini kepada aku dan beberapa rakan semasa menikmati beberapa keping pizza. Penerangan tentang etika sebenar kerja . Kemudian, sebuah rancangan Islamiah yang ditayangkan oleh saluran televisyen percuma tempatan turut menerangkan dan seperti biasa bila berat fikiran ini untuk memikirkan ,aku terus bertanya kepada abah ku maka dapatlah aku jawapannya.
Setiap gerak geri tubuh ini adalah kerja . Kaki diberi untuk berjalan. Tangan diberi untuk memegang. Mata diberi untuk melihat. Telinga diberi untuk mendengar. Hidung diberi untuk menghidu . Mulut dan Lidah diberi untuk bercakap dan bersuara. Adakah kini kita hanya menggunakan semua anggota itu untuk kerja-kerja yang telah ditetapkan seperti di atas? Bagaimana kita boleh menggunakan kaki untuk menyepak? Bagaimana kita boleh menggunakan tangan untuk menyentuh? Begitu juga akan pacaindera seperti mata yang membolehkan kita menggoda,hidung yang membolehkan kita menyedut udara serta mulut dan lidah yang membolehkan kita makan dan merasa. Apa yang membuatkan kita mampu melakukan perkara-perkara kreatif tersebut?
Sebenarnya, akal yang terletak di otak ini yang membuatkan segala kerja itu menjadi lebih kreatif. Contohnya, apabila seseorang memberi arahan supaya anda mengambil kerusi kerana ada tetamu yang mahu duduk lalu anda mendapati terdapat 2 buah kerusi yang berlainan. Satu kerusi yang kering dan satu lagi kerusi yang basah. Kerusi yang manakah yang akan anda pilih untuk kebaikan tetamu anda ? Jika akal fikiran digunakan lalu perasaan mula timbul akan rasa ambil berat dan tanggungjawab bagi kerja tersebut maka sesuatu yang terbaik akan anda hasilkan. InsyaAllah.
Menerima arahan memang sesuatu yang membosankan tetapi jika kita berfikir pasti ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kita melakukan kerja bukan kerana menerima arahan semata-mata . Kerja memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk sedangkan anjing juga menerima arahan dari tuan nya seperti mengawasi halaman rumah dan ia mengenal akan orang luar dan tuannya . Itu membuktikan bahawa ia bukan melakukan kerja tersebut kerana arahan semata-mata kerana tidak menyerang tuannya yang merupakan pemilik rumah tersebut.
Begitulah perumpamaannya untuk hidup ini.,

Rabu, 18 Mei 2011
Situasi.
Ramai yang mula bertanya kembali akan apa yang aku rasa atau bagaimana situasi sebenar aku sekarang setelah aku menceritakan bahawa aku makan bersuap ,terutama sekali di Facebook . Begitu juga keadaannya apabila mereka melihat aku menggunakan garfu untuk menghisap rokok. Aku memang memahami ia sesuatu yang dipandang janggal apabila seorang kudung 'perform' di atas pentas-pentas 'gig' dan cara bersalam aku yang berlainan.
Aku sebenarnya sukar untuk menerangkan sesuatu yang emosi melalui kata-kata tetapi aku lebih selesa meluahkan melalui tulisan kerana aku seorang yang kuat gementar menyusun kata-kata takut menyinggung perasaan atau pendengar sukar memahami atau erti kata lain aku ini asalnya seorang yang pemalu.
Baiklah, di sini akan aku ceritakan segalanya secara ringkas.
Sebelum aku mengalami kemalangan tersebut aku merupakan seorang pemain drum untuk sebuah band bernama 'cyclonic scream' bersama kawan-kawan yang kini sebahagiannya bersama sebuah band yang sedang hangat corong-corong telinga iaitu 'Throw-Ma'. Namun,pada 26 Mac 2009 masa itu tiba lalu hilanglah tangan kiri aku pada parat pergelangan dan hilang keupayaan pada tangan kanan atau lumpuh. Jadi aku tidak mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah tangan. Oleh sebab itulah aku perlukan bantuan tangan-tangan insan untuk mengerjakan sesuatu seperti makan,memakaikan pakaian,mengorek telinga,memotong kuku dan sebagainya yang berkenaan dengan tangan. Walaupun begitu, banyak juga perkara yang aku lakukan sendiri setelah berlatih dan membiasakan.
Bagaimana aku menaip sebegini panjang?
Aku menggunakan tangan kiri ku yang kudung ini untuk menaip. Hujungnya mempunyai suatu bentuk yang runcing atau agak tajam dan dengan inilah aku berlatih menaip selaju yang mungkin berpandukan 'Youtube'
dengan nama 'search' One Hand Typer yang akhirnya menjadi title bagi blog ini.
Apa yang aku rasa?
Aku cerita dan jelaskan secara ringkas. Kita tidak tahu apa akan jadi esok jadi bersedialah untuk esok walau sekecil-kecil kemungkinan sekalipun. Maka itulah yang aku fikirkan dari dulu sehingga akhirnya ia betul-betul terjadi dan aku sudah pun bersedia menerimanya. Aku menjaga hati kawan-kawan sebaik mungkin sehingga mereka menjadi tangan aku kini. Menunjukkan pedoman yang baik sehingga aku tidaklah dipandang sinis oleh masyarakat hingga kini. Begitu juga apabila aku melihat orang-orang yang senasib dengan ku duduk di tepi jalan menadah tangan meminta sedekah alangkah hancurnya hati orang tua ku begitu juga sedih hati melihat mereka yang lebih berat ujiannya berbanding aku.
Aku rasa kamu semua boleh memahami perasaan ku melalui gaya penulisan dan cerita-cerita dalam blog ini kerana aku merasakan hidup ini lebih seronok dan bermakna sekarang.
Apa-apa pun, hargailah pemberianNya,sabar dan syukur.

Khamis, 12 Mei 2011
Selamat Hari Jadi gemok yang tua!!!
Pukul 12pm tadi maka tamatlah 11 Mei yang merupakan hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 20 kalinya.Ini juga merupakan review tentang hari jadi aku yang pertama sejak blog ini dibina pada tahun lalu.
Pada kali ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini semuanya seronok walaupun tanpa kek tetapi aku tetap seronok. Ucapan selamat sambil menyindir penambahan dekad dalam angka umur aku membuat aku rasa seronok dan bermakna. Biarlah tanpa kawan-kawan yang jauh kedudukannya dari tempat tinggal aku kini tetapi Facebook membuatkan aku dekat dengan mereka. Bermula jam 0001 semalam berpusu-pusu ucapan hari jadi ke wall aku. Ahh,,bahagianya....
Kini tiadalah lagi sebutan belas dalam angka umurku ,hari besok umurku diganti dengan puluh. Tetapi,aku bersyukur kerana masih mampu menghirup udara segar, memandang kebesaran ilahi dan menikmati nikmat dan rezeki yang diberi.Alhamdullillah..

Sabtu, 7 Mei 2011
Rasakan Perasaan.
Hardcore/punk, lama kelamaan letih dan bosan juga bila asyik menerangkan pada mereka-mereka yang baru nak memahami erti istilah pada pangkal ayat ini tadi. Namun,aku tetap menerangkan pada kawan-kawan yang mahu bertanya . Aku bila menerangkan sesuatu lebih suka berpanjang lebar kerana apabila aku singkatkan maklumat tersebut ,mereka pula akan bertanya meleret-leret sehingga hilang hujung dan pangkal. Akan tetapi apabila mereka sudah mengerti mereka pula yang mengajar aku bahawa ''tak perlu nak explain pepanjang la P'e ,cakap love sudah''. Tapi bila aku cakap hc/punk tu love mereka pula yang buat muka sebu sambil bertanya semula ''love apa?''. haishhh..
Ya, love apa? apa yang love nya? Cuba fikir.
Baiklah, hc/punk ini adalah suatu golongan,ehemm golongan apanya? Hc/punk ni adalah sesuatu yang menentang? aik? Tadi kata love? Haaa,,tak pengsan kah apabila kita cuba memahami suatu perkara itu hanya pada maksud seperti itu?
Baiklah, begini perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang boleh dan patut kita rasakan apabila kita berada pada suatu keadan yang sukar dan sempit seperti tertindas,kena saman,mendapat layanan buruk,diskriminasi di tempat kerja dan sebagainya yang bersifat dihimpit dan rasa ditindas. Ia adalah suatu rasa yang berlainan daripada orang sekeliling yang selesa mengikut arus pemodenan,pembangunan dan kekayaan . Cuba rasakan apabila kita mendapat layanan buruk di tempat kerja sedangkan kerja yang diarahkan dengan kemas kita kerjakan tetapi kita tetap dimaki ,dicerca sedangkan kita sudah turut sama membantu menyelesaikan kerjanya melalui tugas yang diberi tetapi orang yang rapat atau saudaranya yang turut berkerja di bawahnya tetap mendapat layanan baik sedangkan orang itu hanya mencuri tulang,,
Jika anda memahaminya, apa yang anda rasa? Benci pada orang yang selalu dibela itu atau benci dengan sikap majikan anda? Jika anda benci dengan orang tersebut atau majikan anda maka itu adalah sikap dengki,dendam dan merupakan sikap seseorang yang sama seperti penindas tetapi jika sikap majikan anda yang anda benci maka itulah sebenarnya suatu perasaan yang anda patut rasakan.
Perasaan apa? Perasaan benci pada sikap yang diamalkan oleh majikan tersebut atau boleh digelar diskriminasi .Lalu kita benci akan penindasan seperti itu sehinggalah menjadi pendirian kita untuk sentiasa berlaku seimbang dan tidak memihak pada sebelah pihak sahaja apabila membuat keputusan atau hukuman(bagi hakim-hakim) . Lalu kita melihat orang-orang yang lebih malang kerana menjadi mangsa tertindas dan daripada situlah timbulnya perasaan love kerana simpati kerana merasakan perasaan mereka kerana kita sudah merasakannya daripada pengalaman. Kemudian, kita menasihati orang supaya menjauhi sikap tersebut tanpa rasa mahu menghukum atau merasa diri ini lebih baik daripada orang lain yang tidak sama dengan kita serta hormat-menghormati dan barulah sikap tidak rosak dan aman selalu. Insyaallah.
Fahamkan? Hardcore/Punk bukan sekadar gaya dan gelaran. Bukan pula erti semata-mata tetapi suatu perasaan yang menjadikan kita hardcore/punk melalui attitude dan pendirian bersama etika-etika perasaan tersebut yang perlu dipelajari . Bagi aku, kerana mereka tidak memahami inilah ,ia menjadikan kita lalai.
Lover againts Hater.

Rabu, 4 Mei 2011
Tiada yang Abadi
Sejenak kita mencari atau berfikir tentang makna kehidupan ini ,makna yang merupakan tujuan hidup, makna yang mengatur hala tuju hidup ini..Jadi apakah maknanya hidup ini?
Kita pasti ingat akan emas,permata,berlian dan segala apa lagi kemewahan , kita jadikan ia tertindih bersama perjalanan kita menuju kepada apa yang kita masih belum kenali sedangkan itu semua hanyalah merupakan kebahagiaan dunia. Tidaklah salah bagi kita untuk mencari kekayaan bagi mudahnya perut kita untuk kembung kempis kerana itu semua nikmat untuk kita umat manusia menjadi pemimpin di muka dunia ini. Tetapi bagaimana jadinya bila ada yang terlampau mencintai kemewahan serupa itu sehingga itulah cinta teragungnya. Maka lupa pula olehnya akan cerita seorang nabi yang tersemat abadi di dalam helaian kitab Al Quran.
''kami tunjukkan pada Ibrahim kerajaan langit dan bumi supaya dia beriman kepada kami'' itulah kehendak yang Maha Kuasa. Sedang Nabi Ibrahim mencari makna dalam hidupnya mencari kebenaran maka terlihat oleh Ibrahim a.s akan bintang-bintang yang indah bergermalapan maka berkata dia ''inilah Tuhanku'' apabila bintang-bintang itu amat menceriakan akan kekasih Allah itu. KehendakNya , maka hilanglah bintang-bintang itu maka Ibrahim berkata ''aku tidak suka pada sesuatu yang hilang dan tenggelam.'' . Bila tiba waktunya maka terbitlah bulan maka begitulah Ibrahim menyangka itulah tuhannya tetapi bila waktu berakhir maka tenggelamlah bulan itu dan sekali lagi kecewa Ibrahim sambil berkata ''jika tuhanku memberi akan ku petunjuk maka aku menjadi manusia yang merugi''. Lalu bergantilah pagi dan terlihat olehnya akan matahari yang terang bersinar terbit dari ufuk timur di tengah-tengah padang pasir itu ''inilah tuhanku,ini lebih besar'' kata Ibrahim tetapi malam tetap tiba membenam matahari yang tadinya gagah menyinari maka Ibrahim pun berkata ;
''Aku hadapkan wajahku kepada yang mencipta langit dan bumi, maka tidaklah aku bersama-sama dengan orang-orang musyrikin''
Apakah tidak dilihat akan bintang-bintang yang merupakan apa yang tersemat di dalam keinginan kita ? Ia indah bergermalapan berkelip-kelip menyinari lebih indah dari apa yang ada di sekitar malam hari. Begitu juga bulan yang megah menemani di malam yang sepatutnya gelap dan matahari yang menghangatkan hari-hari kehidupan di dunia.
Tidakkah berfikir oleh kita apabila semua itu hilang mengikut kehendak Yang Maha Mencipta langit dan bumi?
Begitulah juga apabila kita lihat keadaan akan seorang bapa dan anak. Anaknya yang merupakan emas dan bintang dalam hidupnya itu bila sampai masa roh anaknya dijemput maka hilang pemilikannya yang paling berharga itu tanpa bapa tersebut tiada mempunyai kuasa apa untuk menghalang kehendak Allah. Apatah lagi dengan pemilikan-pemilikan kebendaan manusia yang umpamanya bertuhankan akan harta-hartanya padahal itu adalah harta-hartaNya sedang dia sudah tidak ingat akan kuasa Allah merampas pemilikannya itu menjadi binasa sama sekali. Seperti berlakunya khabar-khabar bencana sebelum ini seperti di Acheh hanya dengan air mampu membinasakan segala pemilikan manusia sekelip mata ,hilang segala kemewahan,merugi akan apa yang di cari dahulu,lahirnya rindu pada keluarga yang terkorban. Itulah ,tiada yang abadi di dunia.
Jadi apakah makna atau tujuan hidup ini?
Mencari dan mengejar kecintaan dunia atau mencari kebenaran dan keredhaan Ilahi yang abadi?
Kerana tiada apa yang abadi di dunia baik suka ataupun duka.

Jumaat, 29 April 2011
Penghinaan
Memang tidak dapat dinafikan apabila pelbagai tohmahan ,penghinaan,konspirasi dan sebagainya diadakan oleh orang-orang kafir terhadap golongan yang sabar tidak pernah terhenti daripada zaman sebelum kelahiran Rasullullah lagi. Kafir atau kufur bermaksud ingkar dengan ajaran Allah atau orang yang tidak mahu bersyukur walaupun sudah mengetahui kebenarannya maka nya tidak lah kafir itu boleh digelarkan kepada non-muslim sahaja tetapi orang yang tidak mahu bersyukur(termasuk golongan pro-materealistik) juga adalah umpama kafir walaupun kad pengenalannya tertera Islam/Muslim tetapi tidaklah sekafir orang-orang yang benar-benar ingkar pada tuhannya. Musyrik pula ialah golongan yang menyekutukan tuhannya.
Namun , di sini aku ingin membawa kamu semua menyelak surah Al Baqarah ayat 6
''Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan mereka tetap tidak akan beriman''
Mereka akan tetap terus memusuhi orang-orang yang sabar sehingga orang-orang sabar ini mengikuti bagi pihak mereka barulah mereka akan berhenti. Sememangnya orang yang teraniaya oleh golongan zalim tetap akan mendapat kejayaan di akhirnya. Maka tidak perlulah kita tiba-tiba menyahut penghinaan mereka lalu kita pula menghina mereka kerana itu sudah meletakkan kita dalam keadaan tertewas kerana kita telah terikut cara kotor mereka.
Bukanlah di sini kita tidak boleh menentang mereka apabila mereka mula mencabuli tetapi biarlah dengan cara yang suci dan di bawah keredhaanNya yang Maha Kuasa. Gunakan akal untuk mengingati dan tidak terikut-terikut hati yang sedang berdendam.

Langgan:
Ulasan (Atom)