Jumaat, 25 Mei 2012

Sangat Tidak Matang

Please lah. Aku takkan pernah give-up. Yup, tepat sekali jika dikatakan aku ialah looser. Tapi aku takkan give up walaupun apa yang aku buat tak menjadi-jadi tapi aku takkan give up malah aku teruskan juga akan apas yang aku buat. Takapa, sebab sekurang-kurangnya aku tak rasa nak berlagak dengan orang lain walaupun ada yang dah pecah biji mata tak nampak keadaan aku macam ni pun nak berlagak. Memang jelas nyatalah yang aku tak boleh buat apa yang mereka buat tapi mereka-mereka tak perlulah dengan aku pun nak jeles dengki. corpes!

Aku bagi contoh. Contoh tau bukan kisah benar dan takda kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia termasuk juga mayat-mayat hidup dan orang-orang separa waras.

Kejadian berlaku di Amerika Sarekat. Aku ada basikal BMX yang aku beli sebelum excident dulu (contoh tau bukan kisah benar) kemudian, aku kayuh basikal(yang ternyata tak pernah ada) ke tempat member-member lepak. Bila sampai tiba-tiba suspek mula bertindak,

  ''pinjam basikal bor." kata suspek

aku pun bagi lah. Kemudian tahi tersebut buat trik rempitnya dengan BMX tersebut antaranya ialah mengangkat tayar hadapan sambil mengayuh. Aku tak heran dengan trik bodoh tu sebab benda ni BMX, yang lebih mulia jika di olie akan ia. Kemudian, ciri-ciri tahi pada suspek sudah mula timbul dengan mula belagak, bongkak, bongkok, bongkek, tongkok, stupid. Lalu dipulangkan semula basikal tersebut.

 ''kau punya ni tak best, longgar bagai bla bla.'' abah kau!

Dia boleh komplem dan kondem. Pergilah meninggal ingat aku beli basikal ni untuk kau buat kejadah tu?! Tu takpa lagi, ada yang menganjing,

 ''dulu aku power main benda ni, memang main kat extreme park punya, apa barang buat untuk jalan-jalan''

Eh celaka! Aku terasa siak. Tapi biar betul suspek ni menganjing ngan aku?!

Oh sorry, ini bukan kisah benar, hanya contoh sahaja. hehehe.

Orang macam ni sebenarnya samaada jangan bagi kesian atau biarkan. Sebab suspek mengalami sikap tersebut kerana otaknya yang masih belum berkembang kerana mengalami penyakit yang tidak diketahui namanya. Oleh itu, dia akan menjadi sangat tidak matang.

~~        

Puihh!

Tengok aku, pakaian aku dan semuanya yang ada pada aku. Style ke? Tak kan?
Sebab aku memang tak pandai nak bergaya, So tak payah nak cakap pesal style dengan aku. Tahi!
Puihh!

Khamis, 24 Mei 2012

Yekkk

Bila bercerita tentang politik, apa yang aku mahu ialah supaya negara ini menjadi sebuah negara demokrasi dan terhapus sikap kuku besi bagi sesiapa yang memimpin. Tiada diskriminasi atau halangan kepada yang bergelar pembangkang dan terhapus budaya fitnah memfitnah sesama pemimpin parti politik lalu politik itu sendiri kembali kepada siasah dan muzakarah. Senang cerita, adil dan saksamalah scene politik di negara ini suatu masa nanti.

Bukan apa, pemerintah yang dilantik rakyat ni kerja dia uruskan negara atau duit rakyat maka perlulah digunakan semua tu dengan berhemat dan berhati-hati bukan sesuka hati yang tak patut-patut dibuatnya. Pemerintah juga manusia biasa dan jangan ingat dia maksum maka akan ada yang menegur, membidas dan sebagainya. Pemerintah yang kuku besi dan gila kuasa bersifat ego dan takbur tidak akan menerima semua teguran ini maksudnya perlulah ada budaya muzakarah itu supaya semua masalah rakyat dapat diselesaikan dengan berbincang.

 Pendapat aku yang masih terlalu muda untuk scene ni, pemerintahan elok lah ditukar dan digantikan dengan pemerintahan lain yang lebih elok dasarnya. Aku tak mengharap janji-janji manis manifesto aripada sesiapa pun. Aku hanya inginkan negara ini merdeka.

yekkk

Puri-Puri Pursi Ani

Menjadi pemerhati sebenarnya ialah sesuatu yang menyeronokkan dan ini merupakan minat terbaru aku. Memerhati tingkah laku manusia yang berada di sekeliling dengan mata aku yang tak mungkin ada stok ganti untuknya jikalau hilang pacaindera cahaya ini. Bukan setakat gelagat insan sahaja yang menjadi tumpuan kadangkala binatang, permandangan alam kebesaran Ilahi, perbualan teman-teman dan sebagainya. Ia bagaikan doktrin bagi menawar kekusaman jiwa, kebosanan dan kerinduan. Setiapnya mendorong aku untuk menganalisa plot, scene, irama, tona dan puisi-puisi dalam kehidupan ini. Walaupun punya DSLR iaitu sebuah kamera canggih zaman ini namun, tangan ku tak mampu untuk mengetik butang-butang yang terdapat pada alat tersebut malah aku juga tidak bisa memegangnya. Maka, sukar untuk aku menangkap gambaran daripada pemerhatian aku yang terkadang lengkap mesej baginya. Tapi tidak mengapa, biarlah aku luahkan dalam blog ini sahaja kerana ini sahaja yang tersuai buatku.

Selepas ini, aku bercita-cita untuk menjelajah lebih jauh lagi walaupun ke pendalaman. Insya Allah.

----------------------------------------------

Semenjak punya kereta sendiri, sangat kerap aku merayau. Kadangkala dalam satu hari aku berjalan sejauh 300 km secara pulang-balik. Baru ini baru terasa kesannya, migrain dan sakit belakang mengganggu prestasi saya,,ececehh ayat panadol.


Isnin, 21 Mei 2012

Biarkan Mereka Terbagus

Ramai tak tahu, sebenarnya aku seorang yang panas baran dan cepat terasa. Setiap kata-kata yang berlawanan dengan fikiran dan pendapat aku buat aku sakit hati dan ingin rasanya aku remuk-remukkan kepala hotak nya. Aku juga sukar untuk menerima teguran dan nasihat jika ia berkenaan kesalahan aku hingga jantung ini kencang degupannya apabila bunyi-bunyi sumbang seperti itu mengalir masuk menghentam gegendang telinga. Oleh itu, aku jadi anti dengan ramai orang.

Tapi bullshit lah, macammana nak hidup kalau aku terus bersikap begitu maka aku terima sahaja dan jika mereka bukakan ruang untuk aku berhujah mengenai pendirian, aku berikan sedikit supaya mereka tidak tahu semuanya. Bila mereka kondem citarasa aku, aku akan jawab ''pergilah mati'' dalam hati dan tidak sesekali aku akan kondem citarasa mereka. Aku tidak berdebat tapi aku akan gunakan ''kata melereng'' kerana cara itu lebih berpotensi untuk membuat mereka jadi tahi.

Aku lebih suka berdiam kini, berbanding zaman kanak-kanak dahulu. Fahaman aku mengenai itu ialah ''biarkan mereka ceritakan kehebatan yang terbagus dari semua orang itu'' hahahaha!!

Ahad, 6 Mei 2012

Pendusta

Damai jadi sunyi
Ceria terbungkam keji
Bisu belenggu lidah maki
Insan bongkak menyepi

Usah tunjukkan aku hujung dunia
Arah yang cuma lagenda
Sudut yang tak pernah ada
Hanya cerita dongeng ayahanda

Tak usah ajar ku untuk bersyukur
Ku tahu cara mengukur
Supaya tidakku tersungkur
Tersembam di atas desakmu bagi ku akur

Di hadapan mu ini tetap haru biru
Sorakan tajam padu
Kau hanya terkelu malu
Diserang pahitnya madu

Kau kata ini bulan gerhana
Tapi malam tak kan jelas nyata
Akal mu panjang berjela
Malang gunanya untuk dusta



Rabu, 25 April 2012

Soalan

Kebelakangan ini kerap pula teman-teman mengajukan soalan yang lebih kurang sama iaitu berkenaan kesukaan atau kegemaran sebenar aku. Kegemaran yang bukan bermaksud seperti hobi atau perbuatan tetapi lebih kepada pergaulan. Contohnya dengan siapa engkau lebih selesa untuk melakukan sesuatu seperti lepak, membeli-belah, berbual dan sebagainya.

Soalan itu sangat rumit bagi aku tapi aku tetap jawab apa adanya.

Aku tidak sama keadaannya dengan yang lain kerana aku terhutang budi dengan semua orang yang masih memandang aku tetap sama sempurna. Memanglah ada juga rasa tidak selesa dengan sesebuah kelompok tetapi aku lihat mereka selesa dengan aku maka aku wajib sesuaikan diri dengan mereka.



Isnin, 23 April 2012

Arus Masa Lalu Aku.

Aku sudah mula berjinak-jinak layan gig sejak tahun 2008 walaupun aku sudah mula tertarik mendengar lagu-lagu hardcore dan indie atau kata dasarnya underground lebih awal daripada itu. Aku lebih berminat mendengar lagu-lagu underground kerana inginkan sesuatu yang lain daripada muzik-muzik yang dihasilkan daripada kotak-kotak televisi dan radio. Jarang dapat mendengar band-band yang bunyinya lebih berat, keras, atau laju temponya di televisi pada masa itu kerana muzik-muzik di televisi lebih kepada alunan-alunan jiwang yang berlumba-lumba untuk menjadi terpopular dan terglamour lebih-lebih lagi band-band yang berada di bawah naungan label-label kapitalis mainstream sedangkan tidak ada satu pun yang membuat aku tertarik. Malah pada masa itu terdapat pula orang-orang yang mengapi-apikan perbedaan muzik antara Indonesia dan Malaysia selain menuduh band-band pop rock Indonesia yang mempromosikan karya mereka di Malaysia membenam karya-karya artis Malaysia padahal orang-orang waktu itu lebih tertarik mendengar band-band mereka seperti PeterPan, Samsons, Padi, Dewa19 dan banyak lagi. Jika dikaji pada lirik memang lagu-lagu daripada negara seberang itu lebih jiwang berbanding lagu-lagu tempatan tetapi karya mereka menjadi fenomena di Malaysia pada waktu itu. Berpusu-pusu karya mereka masuk ke tanah air sehingga karya-karya tempatan seakan-akan tenggelam. Malah, bukan saja muzik tetapi filem-filem yang mereka hasilkan juga turut seperti itu. 

Tiba-tiba lahir band-band underground yang membawa genre seperti indie pop, pop punk, ska dan punk rock yang lebih terbuka muzik mereka. Maksud aku, influence mereka lebih aggresive dan lagu yang mereka hasilkan lebih bermutu malah lebih baik berbanding komposer berlagak otai di dataran mainstream. Di situ lahirlah Meet Uncle Hussin yang memperkenalkan single mereka bertajuk Lagu Untukmu yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengangkat suara tinggi Azlan ke persada mainstream. Sebelum itu, Estrange juga memenangi AJL menerusi lagu Itu Kamu. Industri seni tempatan telah menyekat karya-karya seberang ke Malaysia lalu muzik-muzik Indie pula menjadi fenomena. Kini, banyak antara mereka sudah terkenal di persada arus perdana lalu ramai anak-anak muda yang mula beralih pandang ke sebuah lagi scene underground yang lebih keras dan ramai pengikutnya iaitu Metal. Ada yang suka kerana memandang instrument dan percussion work mereka dan ada pula yang menggemari suatu band metal itu kerana mood lagu yang mendorong mereka untuk mosh atau hardcore dance. Kemudian, disusuli muzik-muzik old skool hardcore dan metal hardcore.

Metal, Old Skool dan Metal Hardcore juga ada yang dah agak sedikit mendedahkan diri mereka di mainstream tapi masih sedikit yang begitu kerana masih berpegang kepada idea Diy. Tetapi ada juga yang meremehkan idea tersebut lalu pergi mengejar kaca tv atas alasan memperkembangkan muzik. Ya.Masing-masing ada keinginan sendiri dan tak boleh nak halang.

Kini, aku layan semua lagu-lagu tanah air yang bermutu kerana pedoman Hardcore/Punk iaitu sesuatu yang mengandungi sebuah perkataan baginya iaitu Respect. 

Kini, Kpop iaitu pangaruh muzik baru yang berasal dari Korea Selatan pula mengambil alih trend masa kini. 

*post ni hanya untuk mengenang arus masa lalu aku.

Sabtu, 21 April 2012

Judge

Aku tak tahu dan tak ingat kalau-kalau aku pernah menulis tentang perkara ni atau tak? Maklum lah, broadband sangat slow lalu membuatkan aku menjadi malas untuk check entry-entry lama.

Perkara atau topik kali ini ialah berkenaan 'judge' atau makna tradisinya ialah perbuatan menilai atau menghukum sesuatu makhluk,benda,perbuatan,sikap dan sebagainya. Nanana. Memang topik yang agak klise tapi ramai yang kurang faham akan fungsi atau sifat perbuatan ini. Judge boleh saja menjadi suatu yang sangat terpuji atau sesuatu yang sangat disampahkan. Bila apa yang dijudge itu tepat atau dipersetujui maka ia sangat terpuji dan dipuji tetapi bila ia gagal terjadilah yang sebaliknya malah lebih sampah lagi.

Ramai yang menggunakan pepatah barat ini sebagai dalil - Don't Judge A Book by It Cover.

Maksudnya lebih kepada jangan menghukum sesuatu itu kerana luarannya, mungkin kerana kita tak tahu apa isinya sebab isi yang terdapat manfaat bukan cover nya. Begitulah lebih kurang. Allahhualam.

Bagi aku, judge ialah suatu perkara biasa dan setiap masa kita lakukan sejak kita keluar daripada rahim bonda sehinggalah malaikat keluarkan roh kita daripada tubuh. Contoh, apabila aku menaip huruf-huruf di papan kekunci ini aku juga sedang menilai huruf mana yang sesuai supaya ia menjadi sebuah karangan yang cantik dan bemanfaat. Tadi, semasa baru bangun dari tidur yang nyenyak, aku berfikir samada aku perlu terus ke bilik air untuk mandi atau kumur-kumur sahaja di sinki dan aku memilih untuk mandi dulu. Begitu juga seterusnya, kita akan menilai semua perkara supaya hari-hari kita menjadi baik dan sempurna.

Kerana apa semua ini terjadi? Kita dikurniakan akal oleh Allah s.w.t untuk berfikir maka sebab itulah kita sentiasa ada banyak hala untuk dipilih kerana itu merupakan permainan akal. Gunakan akal untuk membuat keputusan dan pengaruhi akal kita dengan perkara selayaknya bagi Allah. Ingat, Allah dalam firman sentiasa menyampaikan kata-kata yang baik dan lembut kepada hambaNya, tanda kasih sayang Allah tidak terperi besarnya kepada kita sebagai manusia. Diciptakan manusia sebaik-baiknya kemudian dipandunya dan diajarnya kita walaupun manusia sudah punya akal dan anggota yang lengkap untuk hidup sendiri di muka bumi ini. Tapi Allah Maha Mengetahui bahawasanya manusia tetap perlukan penciptanya kerana kita sentiasa akan merasa kesunyian dan kesepian. Lalu, apabila manusia cuba mencari bahan untuk menemaninya maka di situ kita akan berfikir dan memilih yang sepatutnya samaada peneman yang hanya sementara seperti hiburan, mata air dan sebagainya yang terdapat di dunia atau peneman yang abadi dan sentiasa dekat merapati kita serapat urat leher?

Maka, judge lah apa pun tapi jangan kayu kan akal ini kerana gunanya untuk berfikir. Jangan terlampau sombong apabila menghukum kerana Allah sahaja yang tahu menghukum. Jika Allah itu Maha Penyayang kepada semua hambanya kenapa kita susah untuk merasa kasih sayang atau perikemanusiaan kepada sesama hamba lain? Allah pernah memerintah malaikat dan iblis supaya sujud menghormati Adam manusia pertama tetapi kenapa susah untuk kita menghormati dan menghargai sesama kita?

 Don't Judge Like A Fool.

Isnin, 16 April 2012

Sombong VS Hormat

Memang senang rasanya hati apabila bakat kepandaian kita dipuji dan disanjung orang lalu diakui yang terbaik. Lebih-lebih lagi kita adalah di antara 1 dalam seribu. Mungkin kita akan berasa lebih bagus daripada orang lain dan ingin sekali dihormati.

Aku pernah berbual-bual dengan member-member membincangkan hal ini dan bagi aku, tak salah untuk kita merasa diri lebih bagus daripada orang lain atas bakat yang kita ada. Memang kelakuan tersebut akan meletakkan dalam diri kita ini suatu rasa sombong,bongkak dan angkuh tetapi bagi aku itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana kita memang sudah disanjung dan tentu sekali orang yang menyanjung itu mengenali kita sebagai roll-model untuk mereka ikuti dan contohi lalu apapun perkataan kita nyatakan akan tetap diakui dan dipersetujui. Maka tidak akan datang apa mudarat pun jika kita sombong dengan bakat yang ada.

Namun, setiap yang Allah larang itu pasti ada masalah nya. Sifat sombong itu sebenarnya akan menjatuhkan kita dan bakat yang ada itu tidak akan dipandang lagi. Kerana, lambat-laun bila kita sudah mula merasa sangat bagus daripada semua orang maka mulalah kita memperlekehkan usaha dan bakat orang lain yang mencontohi kita sedang dia juga sedang berusaha menjadi terbaik seperti kita. Kerana merasa sudah cukup bagus dengan kesombongan yang menganggap kita tetap terbaik dan terbagus lalu kita memperlekehkan orang, maka terima lah hakikat dia akan menjadi lebih bagus lalu apa yang kita megah-megahkan bakal terkubur.

Percaya atau tidak? Berapa banyak pun bakat dan kelebihan yang kita perolehi di dunia ini, berapa banyak kata-kata puji-pujian ke atas bakat tersebut, namun akhirnya, attitude juga yang akan dipandang. Maka, belajarlah untuk menghargai orang lain sebelum kita berusaha untuk dihargai. Dipendekkan cerita, semailah sikap hormat-menghormati antara satu sama lain kerana kesombongan tak akan membawa ke mana-mana.

;D