Ku percaya
Keringat mu mengalir bukan kerana lelah
Darah mu menitis bukan kerana luka
Ku tahu kau lupa
Bahawa kau sedang menabur jasa
Menanam azam untuk sepohon impian
Pohonan tinggi dan kukuh serta tak bisa di tetak
Kukuh tersangat kukuh
Sehingga badai bukan lagi tandingan pepohon kukuh itu
Daun nya rendang, buah nya ranum
Maka urusan mu selesai selepas bertahun dan dekad
Menjaga sebiji benih sehingga ia tumbuh tinggi
Lalu berguna kepada manusia
Ku harap kau terus ada
Tak ke mana-mana lagi
Sebak mengenang keringat kegigihan mu
Pedih merasa darah pengorbanan mu
Kini tiba masa kau bersandar pada pepohon cita-cita ini
Berteduh daripada sinaran matahari yang dulu membakar mu
Tidur lah lalu lepas kan sakit lelah yang kau simpan
Kerana pepohon ini milik mu selama nya
Selama kau mampu lagi tersenyum
Sehingga kau tidak lagi merasa dunia
Sandar lah.
Khamis, 23 Februari 2012
Selasa, 21 Februari 2012
Kuasa Si Kertas
Cuma helaian lembik, lemah, kadangnya rapuh
Bisa dikonyoh, dibakar, juga dibasah
Garam lebih manis, tapi tiada tanpa nya
Hidup ini tiada tanpa nya
Kini ia menjadi tuhan, sembahan hamba dan pencacai
Mereka tiada berakal kerana nya
Mampu terlupakan mati yang lebih pasti
Lebih mendulikan helaian yang jelas mematikan hati
Kuasa si kertas
Selamat hidup jika diselamatkan
Bahaya hidup jika dibahayakan
*syukur

Jumaat, 17 Februari 2012
Jalan Kerikil atau Jurang Ranjau Berapi.
Aku rentas daratan landai yang permukaan nya berhiaskan batu-batu kerikil tajam dan panas. Tiada jalan lain yang bisa dilalui melainkan kekejaman ini. Jalan lain, penghujungnya ialah jurang-jurang bersama ranjau-ranjau tajam dan api yang marak menunggu pendatang untuk di bakar walaupun perjalanan sebelumnya sangat selesa dengan permukaan nya lembut dan dingin lalu di atas nya membolehkan aku untuk berehat.
Berbanding jalan yang sedang menyiksa ku ini.
Akan tetapi hujung nya lebih indah daripada emas dan permata. Kemewahan nya tak terbanding dengan dunia. Hujung jalan ini aku bagai kan raja kepada segala kemewahan. Tetapi selepas hujungan ini, aku terpaksa mendaki gunung setinggi bintang yang puncaknya bercahaya sinar kejayaan. Tetapi dalam pendakian itu kekejaman batu-batu kerikil tetap menemani namun, makin tinggi aras, makin kurang kerikil tersebut. Maka perlulah aku teruskan perjalanan ini mengecapi hasil hujungan daratan landai dan kemudian, mendaki tanpa berhenti melainkan aku tersungkur lalu rebah kerana takdir yang terhenti.
Sebenarnya, sebelum ini aku berat untuk melalui perjalanan yang lebih selesa dan selamat itu tetapi kerana hujungan nya sia-sia maka ku pilih jalan ini walau permulaannya aku sudah menempuh badai dan kini batu kerikil yang sedikit-sedikit melukakan tapak kaki ku. Di jalan lain itu, sudah pasti lah nyawa ku melayang di akhir nya sedang kan akhir jalan kerikil ini aku bakal menggenggam kejayaan.
Jalan kerikil memang beribu kali jauhnya berbanding dengan jalan yang hujung nya jurang ranjau berapi marak itu tetapi kejayaan bagi hujungan jalan kerikil ini adalah kekal walaupun bumi jadi sepi. Ada yang menghasut dan memujuk untuk mengikut mereka mengikuti jalan itu kerana jalan ini bisa membunuh ku.
Aku katakan kepada mereka,
Biar kan aku mati kerana sedang menuju kejayaan daripada aku mati di dalam kehancuran dan aku dibiarkan.

Isnin, 13 Februari 2012
Wahai Hater.
Alhamdulillah. Selesai sudah tour TakeOneStep daripada Bogor,Indonesia yang berlangsung 2 hari berturut-turut di semenanjung iaitu bermula di Seventh Heaven Studio, Tampin pada 11 Februari dan Rumah Api, Ampang keesokan harinya. Tahniah kepada kedua-dua penganjur di Tampin dan Ampang kerana berjaya menguruskan jelajah singkat mereka dengan jayanya. Tahniah juga kepada Minority Trace Community selaku organizer di Tampin atas event yang sangat hebat ini. Kepada semua darah daging yang menjayakan event ini samada secara langsung dan tidak langsung termasuk bagi mereka-mereka yang berdoa atas kejayaan event ini jutaan tahniah diucapkan.
Walaupun kita semua berasal daripada tempat yang berlainan, pelbagai level dan darjat, berlainan identiti dan fahaman tetapi bila kita berdiri di dalam scene ini kita semua sama tinggi dan bila kita duduk semuanya sama rendah. Bersama melawan arus di dalam circle pit, siapa pun diangkat ketika stage dive. Semua nya ialah tonggak yang bertahun bertahan mendukung scene sebagai bumbung. Buanglah sifat hater dalam diri itu kerana bayi yang baru berakal itu pun mahu berkawan dengan semua orang. Bila dihalang bayi itu menangis. Kenapa engkau sebagai manusia dewasa sanggup jadi lembu? Aku rasa lembu tak sesuai kerana syaitan pun tak sesuai nak dipadankan dengan kau kerana engkau lebih teruk daripada binatang.
Wahai hater.
Kau rasakan diri kau benar dengan mengikut setiap cara untuk menjadi apa yang bagi kau itu ialah perjuangan yang benar. Tetapi mengikut itu ialah perjuangan yang sangat kecil. Bagaimana jika engkau kata kau benar menentang kapitalis tapi belakang kau belasah awek kau, kau pau duit orang dengan cara kasar atau kau ludah orang-orang yang tak sama dengan kau hanya kerana kau ialah seekor lembu dan orang itu manusia.
Ya wahai hater ..
Aku memang sedang bercakap tentang Hardcore/Punk ! Perjuangan Hc/p itu ialah kasih sayang sesama manusia kerana itulah kita dalam scene ini terlalu dekat dengan istilah Brotherhood atau Blood. Ada juga istilah racist yang sangat dekat dengan halwa telinga kita sebagai manusia berpendirian. Dari situlah datangnya penentangan terhadap kapitalisme, korupsi dan sebagai nya. Semua itu pokok nya daripada istilah 'love' atau bahasa malaysia nya 'kasih sayang'.
Atau kau tak pernah dengar?
Oh sorry hater, istilah itu tiada kena mengena dengan lembu.
Wahai hater,
Semoga sumpahan lembu kau berakhir.

Jumaat, 10 Februari 2012
Baru Aku Sedari
Tak aku sedari bahawa aku sudah merasa apa yang manusia tak nak rasa dan yang manusia ingin rasa. Aku sudah merasa kehilangan anggota dan aku sudah merasa wang yang banyak. Maksud 'rasa' bukan rasa dengan lidah tetapi 'melalui' atau 'mengalami' suatu situasi. Maklum lah orang kita ni suka guna perkataan 'rasa' bagi menggantikan maksud sebenarnya. Takutlah ada yang loya buruk. Pantang aku tu.
Berbalik kepada perkara yang tidak aku sedari itu. Aku fikir kehilangan anggota yang akan menggelapkan langit tetapi wang yang banyak itu jadi bencana. Seperti hujan yang sepatutnya menurunkan rezeki tetapi hujan tersebut menurunkan banjir besar dan terjadi bencana alam yang memusnahkan segalanya.
Tak perlu ku cerita apa terjadi kepada aku yang dikasihi kamu semua. Tapi fahami lah bahawa aku percaya apa yang terjadi tetap ada hikmahnya kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk hambanya maka berserah lah kepada Nya lalu berusaha seiringan do'a.
Allah Maha Adil !
Rabu, 8 Februari 2012
Masih Di Sisi
Aku perlu bahu mu
Untuk berdiri
Aku perlu nafas mu
Untuk jiwa
Aku masih mengingati mu
Kerana kau bukan sembarangan
Untuk ku lupa kan
Kau cahaya kecil menyuluh seterang siang
Supaya tiada ku tertinggal buta
Kerana janji kita tak akan terungkai
tak akan remuk dan musnah
hingga takdir mu telah pun berakhir
namun ,kau masih lagi di sisi ku
kerana telah kita meterai
selamanya kau darah ku
selamanya kau daging ku
selamanya kau tonggak ku
selamanya kau pendukung ku
begitu juga lah aku terhadap mu
kita kongsi gelak tawa
telah kita dengar rintihan kau dan aku
kita pernah cuba usaha setinggi separas mampu bersama-sama
bersama menilik angan hari lanjut nanti
mana mungkin ku lupa kan mu
kerana kau bukan sembarangan untuk ku lupakan
selepas jauh nya masa ku tinggal kan
ku terus kan hidup
kerana kau masih di sisi
kata benak hati semasa menyilau pusara
*Allahyarham Marwan Safwan 90-09
''sehingga ku temani mu menepati janji malaikat maut.''

Tuhan Ku
Semakin ke dini hari semakin kurang konsentrasi untuk ber-aktiviti. Segala gelak tawa aku laksanakan secara hipokrit iaitu sebuah kepakaran bagi seorang pelakon yakni manusia. Tetapi makam-makam roh di dalam tubuh pinjaman ini telah dijangkiti sejenis virus yang memang telah Tuhan ada kan di sebalik nama manusia digelar sebagai 'gelisah'. Kita tak perlu rasa janggal bila merasa gelisah kerana manusia itu dijadikan bersama di dalam batang tubuhnya sebuah 'gelisah'. Manusia itu akan tetap rasa gelisah walaupun dia seorang raja ber-istana ber-tatahkan berlian, permata, emas jonkong, mutiara dan bijih timah tapi tetaplah dia si gelisah.
Aku percaya atas apa yang aku percaya kerana percaya ku tetap pada tuhan ku bernama Allah dan 99 nama-nya bagi tuhan ku yang maha satu. Hanya kerana Allah ku rasa gelisah. Hanya kerana Allah ku rasa tenang. Hanya kerana Allah ku rasa damai nya hidup. Tuhan ku.
Isnin, 6 Februari 2012
12 Rabi'ul Awal
Terlewat sedikit hari dari 12 Rabiul Awal 1433 h bersamaan 5 Februari 2012 kerana pada hari tersebut aku menghadiri Season End Brawl di ibu kota yang membawakan band daripada New York Hardcore iaitu Backtrack dan Final Attack daripada Bandung Hardcore. Alasan sebenar untuk menghadiri event ini bukan semata-mata 2 band luar negara tersebut tetapi untuk melihat Hurricane daripada Tampin Hardcore. Barisan anggota mereka merupakan orang-orang bagak yang pernah menganggotai sebuah kedahsyatan bagi aku di Malaysia ini suatu ketika dahulu iaitu Devilica. Ramai menyangka Malik, Razak dan Ateng akan mengalunkan bunyi-bunyian yang persis Devilica tetapi Hurricane membawa pendengar melayang bersama bunyian baru mereka bersama mood yang lebih epic sehingga 'crowd' hanya mampu terpaku. Persembahan mereka begitu bergaya, ditambah pula bassist mereka Aizat 'line-up' Channeling Mahatma yang terkenal dengan kegilaan nya di atas pentas. Bagi aku mereka best kerana selalu keluar dari bunyi-bunyian atau genre yang menjadi kebiasaan pada masa ini. Itu saja kata-kata aku untuk Hurricane kerana tiada kata-kata untuk mereka sejak Devilica hingga Hurricane melainkan 'noooooiiiseeeeee'
Sebenarnya aku nak cerita tentang Maulidurrasul. Yaa..seperti biasa setiap tahun apabila 12 Rabiul Awal tiba pelbagai majlis diadakan untk memperingati kelahiran baginda. Stesen TV tempatan juga menyiarkan cerita atau segmen berkenan Islam dan rumah aku tiada TV. sorb sorb
Seperti biasa menenung skrin laptop. Membaca artikel berkenaan agama dan Rasullullah saw.
Nabi Muhammad manusia teragung. Bukan hanya pada Mauliddurrasul kita mengingat baginda tetapi selamanya. Sehingga kita berlari-lari di Padang Masyar kelak mencari utusan terakhir untuk meminta syafaat baginda iaitu Muhammad s.a.w.
Selawat dan Salam ke atas baginda serta ahli keluarga nya.

Jumaat, 3 Februari 2012
Nasihat ada cara.
Aku selalu memerhati sesuatu kejadian menjelekkan di atas meja makan yang dikelilingi oleh orang-orang berlagak sukses dan berjaya, cuba menegur dan menasihati seorang individu yang turut serta dalam perkelilingan meja makan di sebuah restoran. Cuba menegur atau menasihat ialah sesuatu yang mulia dan hebat tapi sesetengah cara oleh mereka ini begitu menjijikkan. Dalam kejadian ini aku bukannya orang tengah, tidak pula berpihak kepada sesiapa tetapi mengambil tahu akan hal ini.
Hal apakah yang cuba ditegur itu bukan persoalan tetapi orang-orang yang kuat rasa sayang ini sebenarnya sedang membenam jiwa orang yang cuba ditegur ini bukan mendorong atau menarik beliau kepada keadaan yang lebih baik. Apa yang diterima oleh si ditegur ini memanglah akan menjadi negatif. Memanglah yang kena tegur perlu menerima secara positif tetapi yang menegur telah menegur dengan niat yang bergaul dengan gelombang negatif.
Kenapa ada gelombang negatif ?
Kerana pandangan penegur kepada yang ditegur ialah dalam keadaan emosi benci, geram atau memboikot. Maksudnya dalam menasihat atau menegur kita mestilah merendahkan diri, jangan menganggap kita benar walau sedikit, jaga perkataan, nada suara atau lebih penting kawal nafsu.
Imam Syafie berkata ''jika rakan mu menasihati kamu secara sembunyi iaitu berdua maka itulah nasihat yang sebenarnya, jika rakan mu menasihati kamu di khalayak ramai, maka dia sedang menghina mu''
Jelaskan? Atas meja makan sekeliling 10 orang termasuk beliau yang berhak sakit hati. Aku pun pernah kena dan aku sangat bengang, tapi lebih bijaksana manusia itu bila kita bersabar. Dan aku senyum tanda aku menerimanya merangkap melawan ego si dungu. Aku pernah menasihat beberapa orang sahabat ku secara sembunyi kerana ingin menjaga maruah dan rahsia nya dan dengan izin Allah mereka lebih tenang dan berkeyakinan sekarang ini.
Beberapa hari kemudian, orang-orang ini mengeluh atas kejadian itu kerana mereka menganggap si pesakit itu tak mendengar nasihat mereka. Humm. Tak konfiden dengan lidah sendiri lah tu. Itu lah, selami diri pesakit tu dulu, ambil tahu akan kelemahan dan masalah si pesakit bagi mengelakkan istilah ''pesakit'' yang aku memandai-mandai berikan ini ditukar kepada ''tertuduh'', memahami jiwa dan emosi pesakit supaya tiada kejadian ''putus kawan'' dan si perawat perlu berfikir sebelum bercakap supaya si pesakit tak berdendam.
Terakhir sekali, kadangkala kita suka nasihat orang tapi kita tak boleh menerima nasihat, kita suka komplen masalah orang tapi kita jadi diktator,
na'udzu billah.
Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Makhluk Terkuat.
Ramai kali aku terperasan akan orang atau manusia iaitu seekor makhluk yang tidaklah kuat dan besar seperti gajah, ganas seperti binatang berdarah karnivor dan tidak pula bisa terbang seperti burung-burung. Tapi makhluk ini hebat kerana bisa menumbangkan tembok-tembok, memanipulasi binatang-binatang kuat dan bisa membawa puluhan makhluk spesis nya untuk terbang dalam satu masa sejauh timur dan barat.
Spesis ini sebenarnya makhluk teragung di atas muka bumi. Kenapa mereka begitu kuat? Aku tahu mereka ini punya akal fikiran yang tersangat lebih baik berbanding makhluk bumi yang lain dan kekuatan mereka adalah terlalu hebat. Contohnya makhluk terpantas di dunia ialah cheetah yang maksimum kelajuannya sehingga 120km/j, tapi bagaimana aku boleh tahu kelajuan ia ialah 120km/j ? Manusialah yang beritahu. hehe.
Jadi manusia tahu akan isi dalam perut dan otot-otot cheetah ni. Aku rasa cheetah pun tak tahu berapa laju ia lari. Lalu mereka tahu akan kelemahan makhluk ini dan terakhirnya cheetah pun tewas.
(Hasilnya ramai manusia yg badan nya terbelah dua di lebuhraya)
Manusia tidak kuat mana pun berbanding makhluk lain tetapi manusia punya kekuatan yang datangnya dari akal. Manusia tak sepantas cheetah tapi akal manusia lebih pantas dari cheetah. Manusia tak sekuat gajah tapi akal manusia lebih kuat dari sekawan gajah dan lebih kawan lagi. Manusia tak boleh terbang ke langit tapi akal manusia bisa terbang hingga ke angkasa. Begitulah hebatnya manusia lebih dari yang terhebat dari semua makhluk di atas muka bumi ini.
Tapi manusia tetap seperti fitrahnya tetap mati. Itulah kelemahan manusia iaitu takdir. Mereka tidak bisa mengetahui apa yang akan terjadi di kemudian detik dan waktu dan hari dan minggu dan bulan dan tahun dan.....(teruskan).
Kekuatan makhluk ini adalah atas keizinan. Tanpa izin kekuatan itu tiada dan spesis ini tak akan selaju 200km/j, tak mampu menumbangkan tembok Berlin dan memijak bulan .
Izin siapa ?
Hanya mereka@manusia yang berfikir bisa mengetahui,
Dan sempurnanya manusia ialah manusia yang berfikir.
Berfikir akan kejadian alam.
Lalu mencari pencipta tubuh badannya untuk bersyukur semata-mata.

human can fly !!
Langgan:
Ulasan (Atom)