Jumaat, 17 Februari 2012

Jalan Kerikil atau Jurang Ranjau Berapi.

Aku rentas daratan landai yang permukaan nya berhiaskan batu-batu kerikil tajam dan panas. Tiada jalan lain yang bisa dilalui melainkan kekejaman ini. Jalan lain, penghujungnya ialah jurang-jurang bersama ranjau-ranjau tajam dan api yang marak menunggu pendatang untuk di bakar walaupun perjalanan sebelumnya sangat selesa dengan permukaan nya lembut dan dingin lalu di atas nya membolehkan aku untuk berehat.

Berbanding jalan yang sedang menyiksa ku ini.

Akan tetapi hujung nya lebih indah daripada emas dan permata. Kemewahan nya tak terbanding dengan dunia. Hujung jalan ini aku bagai kan raja kepada segala kemewahan. Tetapi selepas hujungan ini, aku terpaksa mendaki gunung setinggi bintang yang puncaknya bercahaya sinar kejayaan. Tetapi dalam pendakian itu kekejaman batu-batu kerikil tetap menemani namun, makin tinggi aras, makin kurang kerikil tersebut. Maka perlulah aku teruskan perjalanan ini mengecapi hasil hujungan daratan landai dan kemudian, mendaki tanpa berhenti melainkan aku tersungkur lalu rebah kerana takdir yang terhenti.

Sebenarnya, sebelum ini aku berat untuk melalui perjalanan yang lebih selesa dan selamat itu tetapi kerana hujungan nya sia-sia maka ku pilih jalan ini walau permulaannya aku sudah menempuh badai dan kini batu kerikil yang sedikit-sedikit melukakan tapak kaki ku. Di jalan lain itu, sudah pasti lah nyawa ku melayang di akhir nya sedang kan akhir jalan kerikil ini aku bakal menggenggam kejayaan.

Jalan kerikil memang beribu kali jauhnya berbanding dengan jalan yang hujung nya jurang ranjau berapi marak itu tetapi kejayaan bagi hujungan jalan kerikil ini adalah kekal walaupun bumi jadi sepi. Ada yang menghasut dan memujuk untuk mengikut mereka mengikuti jalan itu kerana jalan ini bisa membunuh ku.

Aku katakan kepada mereka,
Biar kan aku mati kerana sedang menuju kejayaan daripada aku mati di dalam kehancuran dan aku dibiarkan.


    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan