Aku percaya atas apa yang aku percaya kerana percaya ku tetap pada tuhan ku bernama Allah dan 99 nama-nya bagi tuhan ku yang maha satu. Hanya kerana Allah ku rasa gelisah. Hanya kerana Allah ku rasa tenang. Hanya kerana Allah ku rasa damai nya hidup. Tuhan ku.
Rabu, 8 Februari 2012
Tuhan Ku
Semakin ke dini hari semakin kurang konsentrasi untuk ber-aktiviti. Segala gelak tawa aku laksanakan secara hipokrit iaitu sebuah kepakaran bagi seorang pelakon yakni manusia. Tetapi makam-makam roh di dalam tubuh pinjaman ini telah dijangkiti sejenis virus yang memang telah Tuhan ada kan di sebalik nama manusia digelar sebagai 'gelisah'. Kita tak perlu rasa janggal bila merasa gelisah kerana manusia itu dijadikan bersama di dalam batang tubuhnya sebuah 'gelisah'. Manusia itu akan tetap rasa gelisah walaupun dia seorang raja ber-istana ber-tatahkan berlian, permata, emas jonkong, mutiara dan bijih timah tapi tetaplah dia si gelisah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan