Alhamdulillah. Selesai sudah tour TakeOneStep daripada Bogor,Indonesia yang berlangsung 2 hari berturut-turut di semenanjung iaitu bermula di Seventh Heaven Studio, Tampin pada 11 Februari dan Rumah Api, Ampang keesokan harinya. Tahniah kepada kedua-dua penganjur di Tampin dan Ampang kerana berjaya menguruskan jelajah singkat mereka dengan jayanya. Tahniah juga kepada Minority Trace Community selaku organizer di Tampin atas event yang sangat hebat ini. Kepada semua darah daging yang menjayakan event ini samada secara langsung dan tidak langsung termasuk bagi mereka-mereka yang berdoa atas kejayaan event ini jutaan tahniah diucapkan.
Walaupun kita semua berasal daripada tempat yang berlainan, pelbagai level dan darjat, berlainan identiti dan fahaman tetapi bila kita berdiri di dalam scene ini kita semua sama tinggi dan bila kita duduk semuanya sama rendah. Bersama melawan arus di dalam circle pit, siapa pun diangkat ketika stage dive. Semua nya ialah tonggak yang bertahun bertahan mendukung scene sebagai bumbung. Buanglah sifat hater dalam diri itu kerana bayi yang baru berakal itu pun mahu berkawan dengan semua orang. Bila dihalang bayi itu menangis. Kenapa engkau sebagai manusia dewasa sanggup jadi lembu? Aku rasa lembu tak sesuai kerana syaitan pun tak sesuai nak dipadankan dengan kau kerana engkau lebih teruk daripada binatang.
Wahai hater.
Kau rasakan diri kau benar dengan mengikut setiap cara untuk menjadi apa yang bagi kau itu ialah perjuangan yang benar. Tetapi mengikut itu ialah perjuangan yang sangat kecil. Bagaimana jika engkau kata kau benar menentang kapitalis tapi belakang kau belasah awek kau, kau pau duit orang dengan cara kasar atau kau ludah orang-orang yang tak sama dengan kau hanya kerana kau ialah seekor lembu dan orang itu manusia.
Ya wahai hater ..
Aku memang sedang bercakap tentang Hardcore/Punk ! Perjuangan Hc/p itu ialah kasih sayang sesama manusia kerana itulah kita dalam scene ini terlalu dekat dengan istilah Brotherhood atau Blood. Ada juga istilah racist yang sangat dekat dengan halwa telinga kita sebagai manusia berpendirian. Dari situlah datangnya penentangan terhadap kapitalisme, korupsi dan sebagai nya. Semua itu pokok nya daripada istilah 'love' atau bahasa malaysia nya 'kasih sayang'.
Atau kau tak pernah dengar?
Oh sorry hater, istilah itu tiada kena mengena dengan lembu.
Wahai hater,
Semoga sumpahan lembu kau berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan