Terlewat sedikit hari dari 12 Rabiul Awal 1433 h bersamaan 5 Februari 2012 kerana pada hari tersebut aku menghadiri Season End Brawl di ibu kota yang membawakan band daripada New York Hardcore iaitu Backtrack dan Final Attack daripada Bandung Hardcore. Alasan sebenar untuk menghadiri event ini bukan semata-mata 2 band luar negara tersebut tetapi untuk melihat Hurricane daripada Tampin Hardcore. Barisan anggota mereka merupakan orang-orang bagak yang pernah menganggotai sebuah kedahsyatan bagi aku di Malaysia ini suatu ketika dahulu iaitu Devilica. Ramai menyangka Malik, Razak dan Ateng akan mengalunkan bunyi-bunyian yang persis Devilica tetapi Hurricane membawa pendengar melayang bersama bunyian baru mereka bersama mood yang lebih epic sehingga 'crowd' hanya mampu terpaku. Persembahan mereka begitu bergaya, ditambah pula bassist mereka Aizat 'line-up' Channeling Mahatma yang terkenal dengan kegilaan nya di atas pentas. Bagi aku mereka best kerana selalu keluar dari bunyi-bunyian atau genre yang menjadi kebiasaan pada masa ini. Itu saja kata-kata aku untuk Hurricane kerana tiada kata-kata untuk mereka sejak Devilica hingga Hurricane melainkan 'noooooiiiseeeeee'
Sebenarnya aku nak cerita tentang Maulidurrasul. Yaa..seperti biasa setiap tahun apabila 12 Rabiul Awal tiba pelbagai majlis diadakan untk memperingati kelahiran baginda. Stesen TV tempatan juga menyiarkan cerita atau segmen berkenan Islam dan rumah aku tiada TV. sorb sorb
Seperti biasa menenung skrin laptop. Membaca artikel berkenaan agama dan Rasullullah saw.
Nabi Muhammad manusia teragung. Bukan hanya pada Mauliddurrasul kita mengingat baginda tetapi selamanya. Sehingga kita berlari-lari di Padang Masyar kelak mencari utusan terakhir untuk meminta syafaat baginda iaitu Muhammad s.a.w.
Selawat dan Salam ke atas baginda serta ahli keluarga nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan