Khamis, 23 Februari 2012

Sandar pada pohon

Ku percaya

Keringat mu mengalir bukan kerana lelah
Darah mu menitis bukan kerana luka
Ku tahu kau lupa
Bahawa kau sedang menabur jasa
Menanam azam untuk sepohon impian
Pohonan tinggi dan kukuh serta tak bisa di tetak
Kukuh tersangat kukuh
Sehingga badai bukan lagi tandingan pepohon kukuh itu
Daun nya rendang, buah nya ranum
Maka urusan mu selesai selepas bertahun dan dekad
Menjaga sebiji benih sehingga ia tumbuh tinggi
Lalu berguna kepada manusia

Ku harap kau terus ada
Tak ke mana-mana lagi
Sebak mengenang keringat kegigihan mu
Pedih merasa darah pengorbanan mu
Kini tiba masa kau bersandar pada pepohon cita-cita ini
Berteduh daripada sinaran matahari yang dulu membakar mu
Tidur lah lalu lepas kan sakit lelah yang kau simpan
Kerana pepohon ini milik mu selama nya
Selama kau mampu lagi tersenyum
Sehingga kau tidak lagi merasa dunia
Sandar lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan