Jumaat, 10 Februari 2012

Baru Aku Sedari

Tak aku sedari bahawa aku sudah merasa apa yang manusia tak nak rasa dan yang manusia ingin rasa. Aku sudah merasa kehilangan anggota dan aku sudah merasa wang yang banyak. Maksud 'rasa' bukan rasa dengan lidah tetapi 'melalui' atau 'mengalami' suatu situasi. Maklum lah orang kita ni suka guna perkataan 'rasa' bagi menggantikan maksud sebenarnya. Takutlah ada yang loya buruk. Pantang aku tu. 

Berbalik kepada perkara yang tidak aku sedari itu. Aku fikir kehilangan anggota yang akan menggelapkan langit tetapi wang yang banyak itu jadi bencana. Seperti hujan yang sepatutnya menurunkan rezeki tetapi hujan tersebut menurunkan banjir besar dan terjadi bencana alam yang memusnahkan segalanya. 

Tak perlu ku cerita apa terjadi kepada aku yang dikasihi kamu semua. Tapi fahami lah bahawa aku percaya apa yang terjadi tetap ada hikmahnya kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk hambanya maka berserah lah kepada Nya lalu berusaha seiringan do'a. 

Allah Maha Adil !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan