Aku perlu bahu mu
Untuk berdiri
Aku perlu nafas mu
Untuk jiwa
Aku masih mengingati mu
Kerana kau bukan sembarangan
Untuk ku lupa kan
Kau cahaya kecil menyuluh seterang siang
Supaya tiada ku tertinggal buta
Kerana janji kita tak akan terungkai
tak akan remuk dan musnah
hingga takdir mu telah pun berakhir
namun ,kau masih lagi di sisi ku
kerana telah kita meterai
selamanya kau darah ku
selamanya kau daging ku
selamanya kau tonggak ku
selamanya kau pendukung ku
begitu juga lah aku terhadap mu
kita kongsi gelak tawa
telah kita dengar rintihan kau dan aku
kita pernah cuba usaha setinggi separas mampu bersama-sama
bersama menilik angan hari lanjut nanti
mana mungkin ku lupa kan mu
kerana kau bukan sembarangan untuk ku lupakan
selepas jauh nya masa ku tinggal kan
ku terus kan hidup
kerana kau masih di sisi
kata benak hati semasa menyilau pusara
*Allahyarham Marwan Safwan 90-09
''sehingga ku temani mu menepati janji malaikat maut.''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan