Rabu, 29 Februari 2012

Mimpi dan Angan-Angan

Memang mimpi kadang-kadang menjadi kenyataan dan memang nyata aku bakal menghadapi fasa terakhir untuk mempunyai lesen memandu iaitu ujian JPJ. Kata Jeneral Mayhem semuanya bermula daripada angan-angan dan kesudahan nya pasti tidak dijangka seperti anak-anak pekan Tampin yang mencipta nama sehingga ke seberang. Aku seorang pemalu dan tidak berapa tegas tetapi pendirian aku tetap tegas berkenaan impian dan harapan seperti menyatukan semua anak-anak Tampin dalam satu komuniti dan atas kerjasama kuat semua teman-teman akhirnya komuniti sudah mula bergerak mencapai matlamat dan ia sudah mulai disebut-sebut sehingga ke Kuala Lumpur dan Johor. Insyallah, komuniti ini tak akan berhenti dari tradisi ke tradisi supaya scene di Tampin tak akan berhenti bersama janji baru kami ''blood in, blood out''.

Cuma angan-angan itu jangan lah kosong. Jangan hanya merancang tapi buat. Berusaha dari hanya sekadar mampu sehingga melebihi mampu. Semuanya mudah jika kita berkongsi bersama teman-teman dan teman itu hendaklah membantu walaupun bukan urusan tapi memberi sokongan juga adalah suatu jasa tak tertolok bandingnya. Jangan terlalu penting kan diri sendiri kerana kemudiannya kita akan kembali kepada teman-teman di kala susah dan duka. Berhenti bersangka buruk kerana mampu memerangkap diri sendiri lalu menghalang daripada mengecapi impian.



vatos locos forever .
blood in blood out .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan