Ahad, 26 Februari 2012

Kesempurnaan Hadir-Mu

Lama nya aku terperuk,
tiada lagi yang mengudus
asap hitam bersama selaput kelabu
meliputi hati dan ia melihat kabur
hampir buta
cahaya yang ku hidup kan
terpadam tiba-tiba
seperti ada awan hitam bergumpal di langit 
terhalang aku untuk melihat kesempurnaan hadir mu
kerana lama ku tidak melihat nya
maka kini aku ingin melihat kembali cinta mu
aku kembali memerlukan mu
lebih dari aku perlukan angin ketika bahang
dari aku perlukan hidangan ketika lapar
dan air ketika haus
setelah mutiara pemberian mu dulu ku tukar menjadi kaca
kerana terima kasih ku yang ber talam dua
dan aku yakin kau tahu
kali ini aku benar-benar memerlukan mu
bukan mutiara atau permata
tapi aku perlukan mu
kerana kau ada kasih yang agung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan